Friday, October 4, 2013

Sengsorang

Bila duduk sengsorang kat rumah ni benda yang paling membosankan adalah part nak makan. Do u know why?? sebab bosannye makan sengsoranggg..makan sengsorang,bukak peti sengsorang,masak sengsorang, dan yang makan pon aku jela seorang.. mat kamil ujung bulan ni baru boleh makan. Ok entri ni bermotif sgt uols sebabnye dari kebosanan sengsorang nak makan tu la boleh jadi asbab untuk aku diet hihihii

Berat masih 50 tolong tolong sy nak turunkan lagiii..!

Thursday, September 5, 2013

Bersiri : Misi Menyelamatkan Abg Long Dene I

Orang kata anak lelaki memang lambat bercakap sebabnya secara lumrahnya memang cemgitu..yeke noks? mak pun ape lagi termakan la kata2 orang ni.. Tahun pertama dene baru pandai berjalan semua so fokus lebih kepada camna nak bagi dene berjalan dengan betul (dah kenapa macam mak ketam pulak).. bab berlari anak lelaki memang hebat tapi alahai hogeh2 lagi la sayang (hogeh= tak stabil).. asal berlari ke berjalan ke nampak dene macam kena tiup dengan angin laut wiwitt mcm lagu pulak dah aihh..

Tahun kedua tahun dene dah start rosak dek mak ayah dier.. on his 2nd befday nak tau ape hadiah dier dapat? tudiaa Samsung Galaxy Tab ver 2.. time tu rasanye tengah hangat pasal tab, ipad bagai2 ni la.. so ayahnye decide beli la untuk anak kesayangan dier ni..sebelum tu dier suka sangat main2 handphone ayah dier sampai jatuh2 byk kali..boleh berdarah mata kau tengok dier baling2 tau @.@

La ni masuk 3tahun kitaorang dah start risau kenapa la anak sulung sorang ni xcakap2 lagi..pergi raya sana sinun jeles jugak tengok bebudak baya dier dah cakap..lagi satu behaviour dene makin lama makin risau bile tgk..dier jadi sangat protective over something sampai dier sanggup push budak yang boleh buat dier marah atau tak bagi ape yang dier nak..crancky tu jgn cakap la memang dah jadi asam garam lemak bagai dah hew heww.. 

On 27th August 2013 kitaorang decide bawak dier pergi paed..KPJ Kajang..memula inform doc pasal behaviour dier pasal masalah nk bercakap tu semua..then doc advise bawak dier pergi ENT specialist untuk cek pendengaran dier dulu then baru pergi bawak ke speech theraphy.. Ya Allah selama ni xtau la kitaorang terabai kan dier smpai doc cek telinga dier penuh dengan wax uolsss... sampai dah tutup gegendang telinga dier.. masa tgk saluran telinga dier kat screen tu aduhai robek hati..patot la selama ni dier memberontak, buat hal, menangis kalau xdapat sesuatu.. rupa2nye ade perkara yang dier xselesa dier kena.. ampuni la mak ayah mu ni nak T.T


Thursday, August 29, 2013

Muhammad Kamil anok ke dua

Bile dah merasa ade dua anak ni rasa beza sangat2 life kitaorg.. makin dewasa aku rasa ecewahh.. now dah almost 9bulan aku duduk kat rumah jadi fulltime housewife.. rasa rilex je tp kadang2 ade gak timbul rasa boring tu. Yela xde teman borak kat rumah kan. Teman yg duk nangis2 nak susu tu ader la si budak mat kamil tu. Penyeri betol bile dier dah lahir.. rasa mcm nk besarkan dene jr. pulak. Muka lebih kurang tp kulit kening lain sikit.. yg kedua ni more to ayah dier.. baru fair and square kan kan


Baru2 kuar 26 Apr 2013 putih kemain adik ni tapi lepas kena jemur bawah lampu sebab nak kasi samakan suhu ngn environment terus tergelap sikit hihih tp adik tetap comel mcm abg..Alhamdulillah Muhammad Kamil dah 4bulan.. cepat je masa berlalu.. kalau kat opis rasa lambat tol masa berlalu uols.. (ayat foyos)



Thursday, November 29, 2012

Welcome 2012~

Ayat tak boleh blah welcome 2012. Herlo Ein lagi sebulan 2hari kot nak masuk tahun 2013. Lempang nak?

Friday, December 30, 2011

Hi Tahun baru selamat dtg!

Nak masuk tahun 2012 dah ye? Cepat betul masa berlalu. Rasa mcm banyak sgt perkara yang ak xcapai lagi dalam hidup. Contohnye macam lesen memandu. Melampau betul, dah masuk umur 26tahun pun still tak ader lagi lesen P dalam tangan. Apa nak jadi ni? ahahaha. Gelak kat diri sendiri.

Itu salah satu impian yang masih tak capai2. Dan seperti biasa, bawa ke tahun depan la gamaknye. Ada satu benda yang aku nak capai target untuk tahun depan. Jeng..jeng..jeng.. apakah itu? Aku sebenarnye suka pasang byk angan-angan. Sebab tu la byk benda tak capai lagi dalam hidup ehehe.

Ape pendapat korang untuk tahun 2011 ni?

Moga sama-sama kiter akhiri tahun 2011 ini dengan semangat tinggi untuk pencapaian bagi tahun 2012 pulak :)

Friday, August 12, 2011

Kembalilah Wahai Sayangku


"Kembalilah sayang Kembali Padaku

Aku Tak kan pernah bisa hidup Tanpamu"


Walllaweh jiwang der. Makin layan makin jiwang. Bak kata orang Perak 'Itu la tak da koje namanya' . Sekali sebulan apa salahnya ye dak.


Okei pengenalan yang sangat hodoh. Mungkin jejari sudah tidak seruncing dulu barangkali. Peninggalan blog yang sangat tidak terurus dan kehidupan lampau yang penuh dengan cakerarama. Fine


3 4 bulan yang lepas ingat tak pasal kisah Tipah? Tipah yang kena tipu ngan Buddy tu. Suatu hari terserempak dengan Tipah. Aku tengok ada masa dia kelaut ada masa Hepi semacam dan ada masa dah jadi macam sotong tangan die. Dia mengadu kena buat macam2. Tetiba aku nampak ghupa die dah macam supermak. Smart siot nasha aziz dalam cite tu. ahh jeles!


Lupakan Tipah kite buka cerita pula pasal mimpi. Suatu masa dulu waktu hidup bujang, aku pernah dilabel seorang yang lembap dan pemalas. Maka aku jadi sgt down dan menjadi semakin la lembap macam kura2. Orang lain dah jauh tinggalkan aku tergedek2 nak kejar balik dorang. Suatu malam aku bermimpi, seorang nenek tua datang kepada aku. Melihat keadaan aku yg kusut masai dan muka yang penuh daki, nenek tersebut bagi sehelai kain dan mengusap2 kepalaku perlahan2. Nenek berkata 'kenapa nak? lupakan lah kisah lama dan bangkitla dengan semangat dan jiwa yang kental'. Aku sangat rapuh waktu tu. Menitik2 air mata mengenang nasib dan bila je aku tersedar, aku menangis di dalam mimpi rupanya. Ahhh sadisnye smpai nangis2. Hilang la jiwa macho. Aku simpan peristiwa misteri sampai la aku jumpa sinar tu kembali.


Baru-baru ini, kejadian rudum berulang balik. Tapi kali ni berkisarkan pasal kawan2. Macam bodoh betul bila jumpa perempuan yang berlagak macam lawa nak mamp dan kaya la. Perasaan memiliki kawan2 mmg membuatkan aku bahagia. Sebab since kecik smpai la dah jadi mak dara ni, mostly 80% dipengaruhi rakan sebaya. Tak sia2 kan waktu sekolah menengah dulu aku siap jadi bendahari untuk kelab pembimbing rakan sebaya. Mana yang baik aku jadikan kawan mana yang buruk aku jadikan pengajaran. Bila rakan menikam dari belakang, aku bertanya balik pada diri aku. Kenapa hidup perempuan ni penuh dengan emosi? kenapa mesti seperkara yang berlaku which tidak disengajakan atau tanpa sedar dijadikan isu besar? Tengok aku sudah EMO. Ye 90% kehidupan perempuan sememangnya dipengaruhi emosi. Alhamdulillah dikurniakan seorang lelaki yang betul2 memahami jiwa penuh emosi ni. Harap kalian juga begitu.


Sekali lagi hidup aku dalam keadaan yang sangat gundah gelana. Pernah tak korang berasa keadaan sekeliling kita boleh mempengaruhi keadaan emosi kite? Dan juga menganggu konsentrasi kita pada apa yang kite ada. Kali ni aku sedih bukan menangis. Berbulan aku menyendiri dan biarkan mereka dengan kehidupan pura-pura mereka. Mata aku pejam kembali mahukan nenek tersebut kembali dalam mimpi aku. Kali ni bukan nenek yang muncul tp cahaya, bintang, bulan. Apakah maksud semua tu? Ntah aku pon smpai sekrang tak da jawapan yang tepat tuk tu. Berbalik pada ajaran dan agama kita, usah terlalu taksub dan percaya pada mimpi. Mungkin itu hanyalah mainan syaitan. Masya Allah!


Nah, penat main dengan jiwa dan emosi. Nak2 pula jumpa dengan org yang mmg berpenyakit emosi. Haishh gila emosi jadi nya. Come on bring me to life!

Friday, April 1, 2011

Great! Tipah terkena juga

Suatu hari yang hening dan bening, Tipah bersendirian di tempat nya dan tekun melalukan tugas dan amanah yang diberikan oleh boss. Tipah mahu jadi yang terbaik. Nekad dengan azam yang baru dan semangat kental, Tipah tidak peduli dirinya yang sudah seram sejuk. Barangkali mahu demam agaknye.

Sedang leka, Tipah terima email goodbye dari buddy yang berjaya buat Tipah terlompat dari tempat duduk. Lantas cepat2 Tipah meng-IM buddy tersebut tuk maklumat lanjut

Topan, Tipah EUC SITI‎‎ [15:14]:
Buddy!!
ko nak berhenti dah?
‎‎Body, Buddy EUC‎‎ SITI [15:14]:
yes
‎‎
Topan, Tipah EUC SITI‎‎ ‎‎ [15:14]:
napee xinform awal2?
‎‎
Body, Buddy EUC‎‎ SITI [15:14]:
last minute
company tu beli i
‎‎
Topan, Tipah EUC‎‎ SITI ‎‎ [15:14]:
aku rasa ini mesti april fool
Body, Buddy EUC‎‎ SITI [15:15]:
bukan la
i pergi Coca Cola
dekat LCCT
lagi dekat dgn rumah
factory baru
i pioneer la kat sana
‎‎
Topan, Tipah EUC SITI‎‎ [15:16]:
yeke..
so sad baru tau arini
gudluck in ur future undertaking
ko deserve la dapat tmpat lagi bagus
‎‎
Body, Buddy EUC‎‎ SITI‎‎ [15:16]:
:)
‎‎
Topan, Tipah EUC SITI‎‎ ‎‎ [15:16]:
lagi byk eh gaji kat sana?
‎‎
Body, Buddy EUC‎‎ SITI‎‎ [15:16]:
tq
500 ratus lagi mahal
Topan, Tipah ‎‎ EUC SITI‎‎ [15:17]:
wow!
okei la tu
leh kawin la pasni
hihih
‎‎
Body, Buddy EUC‎‎ SITI [15:18]:
woi
susah la kahwin
bujang best
‎‎
Topan, Tipah ‎‎ EUC SITI‎‎ [15:18]:
kawin la bai
ko pon dah tua
kehkeh
‎‎
Body, Buddy EUC‎‎ SITI [15:19]:
lol
minah kilang banyak besok i cari la
‎‎
Topan, Tipah EUC SITI‎‎ [15:19]:
leh la aku mintak air coke free ni
ehehe
edward mesti sedih ko xder
‎‎
Body, Buddy EUC‎‎ SITI‎‎ [15:20]:
lol
nanti i bawa coke ye
edward suka la
‎‎
Topan, Tipah ‎‎ EUC SITI‎‎ [15:25]:
saper ganti tempat u after this?
‎‎
Body, Buddy EUC‎‎ SITI‎‎ [15:28]:
no idea
‎‎
Topan, Tipah EUC SITI‎‎ [15:29]:
kc boleh plak release u kuar dari team
abes la kelam kabut xder u
‎‎
Body, Buddy EUC‎‎ SITI [15:29]:
dia bengang dgn i la
‎‎
Topan, Tipah ‎‎ EUC SITI‎‎ [15:29]:
xperla for your own good
‎‎
Body, Buddy EUC‎‎ SITI‎‎ [15:30]:
i dah handover 70% kat khiril dah
‎‎
Topan, Tipah ‎‎ EUC SITI‎‎ [15:30]:
oo okei
‎‎
Body, Buddy EUC‎‎ SITI [15:30]:
u kirim salam kat za la
‎‎
Topan, Tipah EUC SITI‎‎ [15:32]:
okei..
sob sob gudbye buddy
Body, Buddy EUC‎‎ SITI [15:51]:
tq

Berite sedih ini betul2 membuatkan Tipah tidak keruan. Lagi sorang buddy mahu meninggalkan team. Aperhal ni?
Tipah kembali leka meyambung keje dan amanah yang dipikulnya. Trinnggg...!!!

Email masuk.

From :
Body, Buddy EUC‎‎ SITI

Hi All,

I have bought some "PIZZA" for all. Please kindly proceed to the pantry at 4.45pm. Hopefully I have purchased enough of pizza for all. On the second thoughts and the demand from the floor of being sad of missing me to soon, I have decided to further continue my services here in HP with all of you like a family. So Pizza cancelled and back to work guys. Please scrol down to the end
















HAPPY APRIL FOOL
I knew some knew and some came wishing me goodbye. Thanks for the support ;)

‎‎
Topan, Tipah ‎‎ EUC SITI‎‎ [16:54]:
aku mmg dah agak sangat2 april fool
nk kena buddy ni
Body, Buddy EUC‎‎ SITI‎‎ [17:28]:
:)