Tuesday, March 22, 2011

Love that Song

Lagu background

Puff Daddy - I'll be missing U ~~~~

Love much this song. Tapi diingatkan tiada kaitan dengan salasilah hidup wa ye. Sekadar suka-suka dengar lagu yang berunsur RnB macam ni. Mungkin rentak dia yang unik, merdu suara yang sungguh lunak dan kombinasi suara juga memainkan peranan. Actually kehidupan kita semua ni sebagai manusia ni ibarat berdiri atas pentas teater. Setuju tak?

Tiap langkah kiter diperhati, tiap gerak geri kiter jadi bualan, tersilap langkah jatuh tangga. Salah salah. Okei la. Contoh paling dekat sekali dengan hidup aku. Baru2 ni dapat berite adik aku keguguran.

Lagu background

Adibah Noor - Terlalu istimewa
~~~~

Semua merasai kesediahan tersebut. Terkedu saat terima berite. Call ibu, tanya Oya, malang...Xper rezeki Allah. 2 3 bulan boleh cuba lagi. Lagu kehidupan adik aku juga berubah. Dari rancak makin slow makin slow. Sesuai dengan lagu adibah noor. Mahu bergenang air mata dibuatnya. Langkah die juga perlahan perlahan..perla..hann...pe..la...hannnn....... Hanya pasrah dan aper2pon hidup masih perlu diteruskan. Tetiba lagu rancak berputar

Lagu background

Yuna - Gadis Semasa ~~~~


Langkah makin kencang. Hati berbunga-berbunga. Melangkah pagi-pagi ke tempat kerja diiringi lagu ni mmg best. Macam nk bawak gitar sambil nyanyi ahahaha. Semangat baru ke tempat keje kan indah kalo hari2 begini. Runsing je datang2 terus pikir masalah. Semua orang pon xsuker! errr gadis semasa sesuai kot tajuk nye dengan aku awww! Yuk Mari bekerja :)

Lagu background
Meet Uncle Hussain - lalalala kerja ~~~~

Tuesday, March 8, 2011

Just a simple update

Mata sudah mengantuk tahap dewa ni... Sangat2 mengantuk ibarat ada anak gajah sedang landing baik punya di kelopak mata nan ayu ni. Okei bukan ayu tapi kuyu. Typo error huahuahua~

E.N.D

Friday, March 4, 2011

What's happening to ME

Bravo..bravo to me sebab sudah berjaya menguruskan badan setelah selamat melahirkan danial ke alam dunia ni. Tapi yang menjadi persoalan di benak fikiran yang memang sudah sempit ni, kenapa makin menjadi2 kekurusan itu kepada diriku??!

Ahha bukan nk mendabik dada ye disebabkan sudah berjaya kurus seperti sedia kala. Point yang ingin aku utarakan disini adalah Kenapakah makin menjadi2 kekurusan itu???!!! Memang setiap wanita yang baru melahirkan anak mmg akan terlalu taksub tuk mengempiskan badan walaupon baru seminggu beranak. Itu sudah lumrah sayang. Semua wanita sukakan kepada kecantikan. Herlo melain kan lah wanita itu bertukar jadi 'jantan'. Itu lain lah ceritanya. Okei mari kita kira berapa kah jumlah berat yang aku sudah turun setelah menjangkau 7bulan 1minggu 4hari selepas bersalin.

Berat sebelum mengandung = 48Kilo

Berat semasa mengandun
g = 62Kilo

Berat seminggu selepas bersalin = 56Kilo

Berat semasa = 47Kilo

OK nampak tak perbezaan ketara antara sebelum ngandung dengan semasa ngandung. Gile kentang banyakkan naik??? Nampak x nampak x??? Actually bukan anak yang berat time kuar tu tp berat lemak mak nye yang mencanak naik ibarat helikopter yang sedang naik keudara. Hoi2 ader kaitan ke. Failed betol bab ibarat2 ni. Takper2. Abaikan..


Baiklah yang menjadi kes berat ni bila berat selepas beranak kurang dari berat sebelum mengandung. Percaya x?? Tapi itu la yang terjadi pada aku. Ramai betul yang komplain kenapa makin lama makin kurus. Sampai isu kekurusan aku ni telah didebatkan oleh BIRAS aku sendiri didalam FB dier. Sungguh kurang sopan. Takper ader ubi ader batas... Abaikan lagi.. Bab pemakan plak, same je aku rasakan. Malah berganda lagi kot since Bfeed ni. Mmg sangat berbaloi2 BF bby secara exclusive ni. Save budget dan boleh berpoya2 dengan duit berlebihan tersebut ahahah mak suker! Ada satu tahap smpai tahap kekurusan aku ni buat aku jadi bengang. Mana la x bengang, byk baju dan seluar jadi tersgt2 longgar2, spentot pon naik
sama longgar. Kalau pakai mmg sangat tidak selesa. HUh mcm kena beli baru je ni. Lagi satu muka jadi cekung macam orang xmandi sepluh dua ratus hari, jari manis jadi sgt cekeding smpai pakai cincin kawin boleh asik nak terjatuh, then yang x bestnyer nampak sudah tidak chumil.. sob sob.. (buat2 bajet comel la dulu ..)



My dear hubby suggest makan multivitamin tuk naikkan badan. Mana tau ade zat2 yang xcukup dalam badan. Maklum la dah ader anak ni, byk sgt tanggugjawabnye dan badan cepat jadi letih dan penat. Tido pulak xcukup! So mmg tersgt byk reason kenapa aku makin menjadi2 kekurusannye.. Nnt aku usha multivitamin mane tuk mengemukkan badan ini :)

Wednesday, March 2, 2011

Kakalau!!

Selamat sudah berada di tempat baru. Rasa ginjal, malu-malu harimau, asam kecut demmm sumer pon ader la. I wanna be nice gugurl in here. Tak nak noty2 mcm kat team dulu eheheh. Melangkah ke team baru ni ibarat mcm melangkah masuk keje di tempat baru. Kena briefing, training, meeting, introducing arghh part ni paling malas. introduce myself. Kena bagitau keje mane, buat aper sebelum ni, nama sapee, dah berpunya ke belum,, dan mcm2 lagi. Sebab tu aku xsuke nk start2 new environment tp ... nak buat mcm mane. Terpaksa jua melangkah ke new team untuk masa depanku.
Kalau dulu ader sesi gosip2 borak2 kosong, now kena duduk diam2 depan laptop then buat keje smpai muntah!
Kalau dulu bfast duk lepak lama kat pantry borak kuat2 mcm org lain pekak, now makan bfast roti ke kuih ke siap2 dalam kereta dikhuatiri malu makanan berbau kalo makan depan pc.
kalau dulu luncheon tanye kawan sebelah makan mane, now lagi 2 3 jam b4 lunch kena buzz membe makan mane ngan sape kat mane arghhh bohsan!
Kalau dulu bebas pusing2 tmpat kawan cuit2 kawan tu cuit2 kawan ni, now jeling2 pandang2 je teammate sini pasal kes takut nk tegur
Kalau dulu nk pi moms room berlari je pergi masuk bilik kalo susu nk tumpah dah sbb bilik kat pantry je, now kena ikut schedule takut xsempat nk pump pasal sudah jauh
Kalau dulu pemalas yang amat turun naik tangga sbb lif ader betol tak?!, tp now kalo nk turun naik from 2nd floor ke 3rd floor mcm jaguh turun naik tangga je. setingkat je ma xkan nak naik lif. Malu kau org tgk kiter mcm tu. Ingat jakun lif ke aper.
Pendek kata makin kurus murus la aku disini waaaaaaaaaaa
Go diego Go! jgn mengaku kalah einnn... ingat mat denel!!! Eh, dier demam la. Ciann dier :(