Friday, March 4, 2011

What's happening to ME

Bravo..bravo to me sebab sudah berjaya menguruskan badan setelah selamat melahirkan danial ke alam dunia ni. Tapi yang menjadi persoalan di benak fikiran yang memang sudah sempit ni, kenapa makin menjadi2 kekurusan itu kepada diriku??!

Ahha bukan nk mendabik dada ye disebabkan sudah berjaya kurus seperti sedia kala. Point yang ingin aku utarakan disini adalah Kenapakah makin menjadi2 kekurusan itu???!!! Memang setiap wanita yang baru melahirkan anak mmg akan terlalu taksub tuk mengempiskan badan walaupon baru seminggu beranak. Itu sudah lumrah sayang. Semua wanita sukakan kepada kecantikan. Herlo melain kan lah wanita itu bertukar jadi 'jantan'. Itu lain lah ceritanya. Okei mari kita kira berapa kah jumlah berat yang aku sudah turun setelah menjangkau 7bulan 1minggu 4hari selepas bersalin.

Berat sebelum mengandung = 48Kilo

Berat semasa mengandun
g = 62Kilo

Berat seminggu selepas bersalin = 56Kilo

Berat semasa = 47Kilo

OK nampak tak perbezaan ketara antara sebelum ngandung dengan semasa ngandung. Gile kentang banyakkan naik??? Nampak x nampak x??? Actually bukan anak yang berat time kuar tu tp berat lemak mak nye yang mencanak naik ibarat helikopter yang sedang naik keudara. Hoi2 ader kaitan ke. Failed betol bab ibarat2 ni. Takper2. Abaikan..


Baiklah yang menjadi kes berat ni bila berat selepas beranak kurang dari berat sebelum mengandung. Percaya x?? Tapi itu la yang terjadi pada aku. Ramai betul yang komplain kenapa makin lama makin kurus. Sampai isu kekurusan aku ni telah didebatkan oleh BIRAS aku sendiri didalam FB dier. Sungguh kurang sopan. Takper ader ubi ader batas... Abaikan lagi.. Bab pemakan plak, same je aku rasakan. Malah berganda lagi kot since Bfeed ni. Mmg sangat berbaloi2 BF bby secara exclusive ni. Save budget dan boleh berpoya2 dengan duit berlebihan tersebut ahahah mak suker! Ada satu tahap smpai tahap kekurusan aku ni buat aku jadi bengang. Mana la x bengang, byk baju dan seluar jadi tersgt2 longgar2, spentot pon naik
sama longgar. Kalau pakai mmg sangat tidak selesa. HUh mcm kena beli baru je ni. Lagi satu muka jadi cekung macam orang xmandi sepluh dua ratus hari, jari manis jadi sgt cekeding smpai pakai cincin kawin boleh asik nak terjatuh, then yang x bestnyer nampak sudah tidak chumil.. sob sob.. (buat2 bajet comel la dulu ..)



My dear hubby suggest makan multivitamin tuk naikkan badan. Mana tau ade zat2 yang xcukup dalam badan. Maklum la dah ader anak ni, byk sgt tanggugjawabnye dan badan cepat jadi letih dan penat. Tido pulak xcukup! So mmg tersgt byk reason kenapa aku makin menjadi2 kekurusannye.. Nnt aku usha multivitamin mane tuk mengemukkan badan ini :)

No comments: