Wednesday, January 26, 2011

Plurrppp...Keluar budak kicik itu [cont]


Sambungan..

Pada saat bayi didalam sudah pandai main acah2 cak3 dengan mak abahnya, kita akan mula rasa kesoronokkan yang amat sangat bila dapat rasa ada nyawa dan darah daging sendiri di dalam perut. Geli2 gitu rasa bile saat bayi menendang. Maklum la rumah dia kecik sahaja. Sepak bola terus masuk gol. Xder gap langsung. Kecian baby tp sebenarnyer bila bayi berada di dalam perut, dia berasa sangat safe and secure. Maklum la tiada ganguan dari sesiapa.

Pengalaman bersalin ramai yang takut untuk mengulanginya. Tp last2 berderet2 jua anaknya! ahahah Anak kan permata dan hadiah amat bermakna. Sejak jadi ibu ni, terasa hidup ni ada makna. Melahirkan dan membesarkan. Tanggungjawab yang berat dan besar. Ibarat menconteng sehelai kain putih. Bagaimana kita mencorakkanya menjadi sebuah ciptaan yang indah sekali.

Perkara utama bila dah terasa diri tu sudah sarat, rajin2 la beribadat pada Allah, mengaji, dengar ayat2 Al-Quran, berzikir dan ringan2 kan lah mulut tuk minta ampun dan maaf dekat suami. Maklum la ibu ngandung ni penuh dengan emo. Kadang mulut main lepas je kat suami bile ada benda yang xpuas hati. So, before tido tu, bual2 la dengan suami, mintak maaf semua. Jangan ingat time raya je mintak ampun maaf tu. Bile suami kita merestui keadaan kita, insyaAllah moga2 mudah perjalanan kita dalam urusan melahirkan bayi. Benda ni nampak simple tp ramai yang tidak tahu akan kepentingan dan impak nye.

Memang kenkadang kita akan rasa mengah, penat, pening, loya, kaki bengkak, lenguh belakang dan semua yang xbest la. Tp berbaloi bile kita dapat lihat anak yang kuar tu sgt suci sgt comel sgt kiut miut. Sungguh! Seingat aku time lepas bersalin tu, bila bidan tu letak je baby atas dada kita, Ya Allah terharunya saat tu.......... Andai la dapat rakam semua tu tp biar la semat kemas dalam ingatan je. Terus aku dah leh sms call2 sume lepas bersalin. Maklum la excited dah dapat anok! eheheh

Nak tips time bersalin tu? boleh je.. tp bukan tips la. lebih kepada pengalaman dan cara aku sendiri la dalam menjalani proses melahirkan baby tu. Alhamdulillah 15minit sahaja bayi ku Muhammad Danial sudah kuar. Pandai anak ibu ye. Xsaba nak kuar la tu.

Tips

Pertama: Sepertimana aku telah tekan kan awal2 tadi, minta maaf!

Kedua : Banyak2 kan baca Al-Quran, zikir etc. Tapi aku sangat2 mengalakkan kalian membaca ayat Qursi dan surah mariam hari2 bile sudah sarat tu

Ketiga : Dah tau nak beranak tu, Silalah byk2 la menuntut ilmu xkira la dari internet or direct from org berpengalaman dalam nk lahirkan baby tu. Nampak mudah sebut teran tapi sendiri rasa baru tau la

Keempat : Beli la buku2 ttg pregnancy ni byk2 sikit. Ade yang selitkan bagaimana exercise ibu ngandung, ape persiapan perlu dilakukan. Tapi ape yang aku amalkan hari, turun naik badan mcm kena denda time sekolah tu. Time turun tu mencangkung la betol2. Bagi longgar2 sikit otot bawah tu ehehe. Serious ni bukan memain.

Kelima : Kalo boleh la, bagi yang dah terbiasa pakai mangkuk tandas tu, cuba-cuba la pula pakai tandas cangkung. Sampai sarat nak bersalin pon aku still pakai tandas cangkung.

Keenam : Banyak2 kan pergi window shopping, jalan2 tepi pantai, swimming. Jgn risau la keadaan gemuk tu, lagi kiut dan sexy ibu ngandung ni sebenarnya. Xcaya tanya husband :)

Ketujuh : Buat persiapan awal2 tuk kelengkapan time dekat hospital nnt. Seawal 7bulan dah boleh letak siap2 dalam bonet kereta.

Kelapan : Kelengkapan baby cuba lah setelkan sebelum 9bulan. Bile sudah masuk 9bulan, xkelam kabut. Lebih baik time tu kita dah start fokus tuk cara2 lahirkan bayi. Kena lebih byk bertenang dan dalam keadaan rehat.

Kesembilan : Jgn termakan kata2 dari orang yang boleh mendown dan menakut2 kan kita. Seeloknya usah layan. Yakin pada diri sendiri dan ingat melahirkan bayi ibarat mujahid di jalan Allah. Pahalanya berganda2 besar.

Kesepuluh : Saat contraction tu dtg, cuba bertahan dan kurangkan bunyi. Seeloknya cuba bygkan saat2 baby kuar. comeynyooooo.. padahal sakit sgt time tu. Xper sabar2. kalo kalian beranak di gomen, mereka akan memuji2 sekiranya dapat kawal kesakitan tu. Time meneran, ikut arahan bidan dan jgn kuarkan suara tuk melancarkan lagi proses kelahiran tu okei?

Bagaimana dengan tips2 tu? Sebenarnya itu la pengalaman yang aku lalui dan nikmatnya menjadi seorang ibu bila hilang sume kesakitan tgk baby comeynyaaaaa..