Wednesday, December 8, 2010

Boleh Tak?


Aku sudah salah buat kerja dan kerja aku telah menjadi kes sangat kritikal. Nak balik sekarang jugak boleh tak??

Xboleh??

Fine.....


Aku nak balik juga BYE BYE


Friday, November 26, 2010

Plurrppp...Keluar budak kicik itu

Kisah yang aku nak ceritakan ini khas untuk kaum wanita la. Tapi sebagai laki yang in future bakal jadi suami then ayah boleh juga nk belajar2 dan ambil iktibar. Yela sampai biler nak membujangkan. Kata orang sharing is caring. Dan aku pon memula dulu juga hanya banyak membaca dan mendengar cerita-cerita orang. Bila dah berlaku pada diri sendiri, hendak juga kongsi2.

Bermula dari saat mengandung la. Of course sebagai perempuan dan juga isteri, hidup xkan lengkap selagi xdapat memberikan zuriat kepada suami. Sebab tu perempuan sanggup buat aper sahaja tuk makesure leh jugak mengandung dan bagi anak kat suami. Kalo xbuat mcm tu, confirm la lelame nnt suami pon bosan tinggal berdua pastu cari perempuan lain. Itu kalo dah kawin more than 10years ke atas la. Tapi ader jugak baru 3tahun xdapat anak dah kalut mak mentua suh husband cari pompuan lain. Ingat betol2 wife anak dier dah mandul! ohhh itu la paling sgt2 nk dielakkan.

Jika orang tanya pengalaman mengandung tu best x? wowowo best sesgt. Betul xtipu tipah! Kalo anda la kan mendapat seorang suami yang sgt penyayang. Once korang mengandung, dier lagi layan 2x ganda dari biasa tau. Itu yang rasa nk ngandung lagi tu! ahahaha. Tp idak la lagi buat masa ni. Nak tau ke aper yang best mengandung? Nampak mcm penat kan usung perut yg memboyot tu kehulur kehilir tp aper nak kisah. itu kan zuriat kiter. Even mak kiter pon mcm tu jugak dulu. So jgn complaint2 la. Lagi satu kalo pompuan tu jenis suka lawan2 cakap mak, marah2 mak, xnak dgr kata mak. Once anda mengandung dan melahirkan, Ha! time2 tu jugak nak pi minta ampun maaf kat mak. Terharu beb saat nak melahirkan tu. Nnt citer bab lahir. Ni nak citer dulu bab ngandung2 dulu.

Okei mengandung ni ader tiga trimester. Trimester 1 (1bulan - 3bulan) Trimester 2 (4bulan - 6bulan) dan Trimester 3 (7bulan ke atas). Memang pada trimester pertama tu, ibu mengandung tidak digalakkan berjalan jauh, angkat berat2, stress, makan makanan yang tajam2. Tujuannya adalah untuk mengelakkan keguguran kerana dikhuatiri rahim tidak begitu kuat. Then masuk trimester kedua, badan dah mula nmpak berisi dan perut dah nampak sikit. Time ni dah pandai mengidam2. Tapi in my case, suami aku yang mengidam pulak. Kengkadang dier yang beria muntah. Bini dier rilex jer kan makan2 smpai sihat waalfiat tubuh badan. Dan yang last trimester ketiga ni, mmg tgh syok la time ni. Nak2 kalo anak first. Macam2 nak dibelinye. Baju bby, barang2 bby, napkin sumer la. Ibu mengandung time ni pon makin bertambah2 bulat mcm belon. Makan sikit je dah naik byk. Sebabnyer time ni bby tgh cepat tumbesaran dier. Kalo pergi gomen naik lebih 500gm mula la nurse dah melenting.

Ader lagi pengalaman best time mengandung ni. Terutamanya biler kiter teringin nak sesuatu. Or ajak hubby keluar ke. Or time tu kiter merajuk ke. Nampak sgt2 dier menyayangi kiter dan bby yang dikandung. Asik2 tanya sakit aper2 ke. dier ingat maner tau dah nk terberanak ke. Sweet gitu. Then hari2 sibuk je nk gosok2 perut. Tapi ramai jugak ibu mengandung yang terlebih2 emo time mengandung. Diingati ye, jgn terbawa2 sgt. Nnt efek nyer kena pada bby yang kiter kandung tu. Saat nk melahirkan tu, mintak maaf la kat suami byk2. Lagi satu, jangan la benci pada seseorang. Terbekenan kat anak baru tau!

Ader banyak lagi kenangan2 dan pengalaman tapi lain orang lain pengalaman dier. Tak semua pon alami benda yang sama. Aper yang penting? Berserah pada takdir dan byk2 beramal time mengandung tu. Muga tiap amalan kiter tu akan memberi kebaikan pada bayi yang dikandung. Disamping makin rapat diri kiter pada yang Esa, anak yang dikandung juga membawa keberkatan. Macam amalan yang aku rajin buat bersedekah even seposen sekali pon. Jgn kedekutla k.

Wednesday, November 24, 2010

R.I.N.D.U

Ya allah.. berhabuk sudah blog ni... Lihat kotoran merata-rata. Apa hendak jadi dengan daku ni isk isk isk. Ambil nafas perlahan-lahan....hembusssss...ambil nafas lagi...hembusssss.... ya pandai anak2 ku. Sudah bersedia? Ayuh!

YES! tora datang lagi! kini aku sudah kembali!! kembali ke zaman blogging! Menjadi seorang blogger yang prihatin dan berjiwa halus dalam penulisan. Yeah!

Actually Rindulah..Rindu untuk meluahkan perasaan. Biarpon melalui penulisan tapi feeling yang dirasakan tu sekurang-kurangnya boleh hilang dikit-dikit. Takper, at least ader kawan di alam cyber bukan? Actually keadaan aku tidak la begitu stabil. Tetiba jiwa jadi tidak sekental dulu. Pemikiran pon penuh selirat ibarat cable-cable belakang laptop aku ni. Iya, sangat berselirat. Menyampah tgk.

Dulu sewaktu di tingkatan, tiap2 hari aku buat karangan. Aper sahaja yang manis pahit semua nyer terpatri dalam tiap penulisan tu. Selesai satu helai muka surat yang panjang tu, aku simpan sampaila bila ujung tahun, aku akan bakar kesemua karangan2 tu. Buat apa nk simpan. Janji ader tempat nk meluahkan perasaan. Ye dak?

Biler zaman dah maju mcm sekarang ni, update saje blog nya, update saje FB nyer. Tiada lagi tulis2 pjg2 mcm karangan aku dulu2. Rindu tau. Tp xmampu la nk kembali ke zaman tu balik. Biarla gunakan kemudahan yang ada zaman sekarang ni. Janji Senang.Mudah. ehehe

Wednesday, March 3, 2010

Elmo owhhhh :(

Ape dah jadi dengan wa ni. Asyik2 elmo xtentu pasal. Kesian pada kanda ku yang tak bersalah. Tapi ntah naper rasa sensitiviti tu makin menjadi2. Kadang2 kalau dier tanyer Apa pasal xmakan ubat lagi? Wa sudah elmo macam aper je siap ader adegan nangis2 lagi tu. Pastu merajuk dari malam sampai la siang. Baru nak maaf-maafan. Eh sejak biler lak aku cakap wa wa ni.


Alhamdulillah kondusi dah makin lama dah makin pulih. Cume seperti tajuk di atas la sensitiviti atau lebih selesa panggil elmo makin xleh dibanteras. Macam dah kes jenayah jer ha. Memang xle dinafikan ibu kantungan mengalami simptom ini tapi kadang2 aku rasa pon aku ni gedik semacam ahahah. Okei xperla untuk beraper bulan jer lagi tinggal. Pastu nanti elmo time bulan mengambang jer :)

Selain elmo, ader satu lagi tabiat yang aku rasa memang xbaik dan xberaper bagus la untuk diamalkan. Iaitu...pagi2 mintak NASI LEMAK!! Yang ini xtau la kenape. Memang tak dinafikan aku seorang peminat tegar nasi lemak. Suka mencuba nasi lemak cik yah, cik kiah, cik nab, cik mat ngan cik mana2 ntah. Tapi kalau dah hari2 makan nasi lemak sebagai breakfast, berlemak2 la badan nnt. Dah la berat makin lama makin bertambah dengan subur dan sihat. Aku pon xsangka berat tu naik smpai mendadak mcm tu. Kalau xmakan nasi lemak sehari, mulala elmo. Kan aku dah kata ini tajuk elmo. Memang ngan nasi lemak pon sekali ader kaitan ngan elmo. Kanda dah sound tolong kurang2kan makan nasi lemak. Tapi...tapi tapi tapi waaaaaa..... Nasi lemak tu dah macam darah daging.. camner nk buat hukhuk :(

Monday, January 25, 2010

Nak bibir merah merekah?

Sekali lagi Permulaan kehidupan baru aku disertai lagi dengan perpindahan rumah. Aku memang nak mengurangkan aktiviti sebegini tapi mungkin disebabkan kemalasan merangka plan seawal meniti hidup baru bersama pasangan terchenta (oh!), maka jadilah seperti sekarang ni. Lepas ni pasang niat beli umah idaman terus la. Senang..Titik..Noktah.. Memangla pelan itu perlu tapi sudah terlambat. Rezeki la katakan. Janji aper yang aku lalukan atas niat yang baik. Okei plan menjadi untuk pindah umah. Ya, pindah umah. Jgn tetiba buat2 xkenal lak yer. Kalo kelapangan silalah membantu kami untuk memindahkan brg2 ke tempat baru. Waktu dan tempat adalah seperti di bawah. Moh kiter bersenam mengangkat brg. Nnt dapat makan strawberi sorang satu. Terbaik dari ladang cameron hihihih..


Tarikh keramat : 30 Jan 2010



Masa : Tengahari dan ke atas (lagi awal datang lagi baguih)

Barang di ambil dari

Tempat : No 15-3-3 Apartment Ruvena Villa Apartment, 47100 Taman Putra Perdana Puchong Selangor

Barang di hantar ker

Tempat : No 11 Jalan LEP 7/10, Taman lestari Putra, Bandar Putra Permai, 47100 Seri kembangan, Selangor


Makan??? Kan nak bagi strawberi tu. Tak kan la tak cukup. Confirm bibir merekah mcm kaler strawberi tu. Okei aku tipu. Makan2 nyer menu ni rahsia tapi tetap ader. Siap bawak chef jemputan lagi. Sodap gitu. Okei jgn luper ya!

Catatan dari

Mr & Mrs Cekal