Wednesday, October 28, 2009

Work Wakant!!!


Oh semalam aku pergi kedai nak beli santan. Lepas tu ternampak banyak iklan tertepek pada tepi peti sayur dan buah buahan. Tetiba aku jadi sangat teruja dengan penggunaan ayat bahasa inggeris di iklan tersebut lantas snap gambar ini untuk tontonan semua. Maner tau ader sesaper yang berminat.


Monday, October 26, 2009

Abang lif

Pada suatu hari, sedang siti sedang enak melayan chatters, tiba2 telefon berbunyi menandakan jam sudah hampir memasuki pukul 2petang. Lantas siti bergegas keluar dan meghampiri tandas wanita untuk membetulkan apa yang patut. Okei sudah shantek. Lets gone!


Lalu siti pon bergerak menuju ke lif dan tangkas menekan butang ke bawah. Berdebar juga ye dada siti melihat saat pintu lif terbuka. Gamaknya takut sekiranya ader nenek tua ker atau bayang2 hantu ker. Lega hatinya melihat ader 3jejaka tampan sedang memerhatinya memasuki lif. Setelah pintu lif ditutup, suasana di dalam lif amat sunyi. Sunyi seperti tiada manusia tiada udara tiada serangga. Aneh. Siti memandang sekeliling. Debaran siti makin kuat. Tiba tiba salah seorang jejaka tersebut bersuara

Mat A: Hei mat, ko bukan sudah beranak dua ker?

Mat B: Belum.. (mukanyer ditunduk ke bawah saja)

Mat c: ......

Mat A: Ohh ko kan baru kawin..

Mat B: .....seraya di dalam hati (cilakak la ko bai)

Serasa siti muka Mat B sudah berubah warna merah jambu dan mukanya asyik di pandang kebawah sahaja menahan aper ntah. Siti hanya memandang tiga jejaka di depannya seperti tiada ape2 yang berlaku. Ting..!! Pintu lif terbuka dan siti berlari keluar di sertai ketiga tiga jejaka tampan tersebut. Tiba tiba siti terdengar

ahahahahah ahahahaha .... ahahahahah wakakakak weehheeeee

Oh, ketiga2 mereka ketawa berdekah menahan malu agaknya. Mat B menepuk2 dan menampar2 badan Mat A gara2 telah memalukan beliau di dalam lif tersebut. Siti hanya tersenyum dan mengelengkan kepala

Friday, October 23, 2009

Aku sudah mengalah


Memang kenkadang di dalam dunia ni, bila suatu masa hidup kita penuh dengan bahagia dan kemewahan, kita lupa pada kesedihan. Kita lupa bagaimana menjadi orang yang sentiasa mengingati bagaimana bersusah payah, bagaimana terjadi saat yang menimpa pada diri kita dan lupa bahawa suatu masa dulu air mata kita pernah menitis gara gara menangisi kesedihan yang melanda. Tapi bagaimana aku hendak bahagia sekiranya saat bahagia terpaksa diselubungi saat sedih? Jawapannya, tidak salah bila kau hendak berbahagia tetapi dengan adanya sekelumit perasaan sedih boleh mengelak kau berasa riak dengan kehidupan yang ada sekarang ini. Contoh kata, bila kawan kau buat lawak, kau ketawa berdekah dekah sampai mengalir air mata, sampai tak kering gusi dan sampai senak senak perut dibuatnya gara gara lawak bangang dibuatnya. Sehingga kan seharian bila terpandang wajah kawan yang buat lawak tersebut, kau rasa geli hati dan ingin tertawa lagi dan lagi. Tapi, apa yang menyebabkan diri kau berasa terlalu gembira dan bahagia seperti itu? Pesanan orang tua kita, suka la berpada pada jika tidak kelak kita akan berduka.

Salam,
Diri yang sudah mengalah

Tuesday, October 20, 2009

Saper hantu jagung angkat tangan!


Beli Jagung

Makan Jagung

Aiskrim Jagung

Soya perisa Jagung


Dating makan Jagung
Tepung pun pakai tepung Jagung

Nak T-Shirt gambar Jagung ada?


Apehal ni nak jadi Hantu Jagung ker?


Jagung...Jagung....Jagung...Aku suka Jagung....Jagung...Jagung...Jagung...
Ya aku memang gila jagung. Hantu Jagung!

Wednesday, October 14, 2009

Membebel tak tentu pasal

Aku teringin la untuk memiliki sebuah rumah... Rumah yang sangat comel dan di dalamnya penuh dengan keindahan dekorasi serta bunga bungaan. Ada juga aku belek2 majalah dan mencari cari deko deko bagaimana yang aku idamkan. Indahnyer dapat menang deko deko idaman tajaan celcom tu. Teringin juga! Arghh bermimpi la nak menang. Masuk peraduan dengan hanya topup dan sms pun dah malas.

Ok..Saper nak tiket ke konsert Ct Nurhaliza sila angkat tangan! Oh bukan free ya, sekepala rm35. Okei la tu. Bila lagi nak pergi ke konsert Ct tu. Aku memula macam teringin. Maklumla ader cik abe sudah mengoffer untuk belanja. Takper la. No Thanks! Pening la dengan manusia yang sesak macam ribut taufan. Macam ragam macam peel. Walla beyonce pun ader nk datang Msia buat konsert ni dekat bukit jalil. Tiket plak mencecah smpai tiga ratusan dan lima ratusan. Memang den tak pergi la. Baik simpan duit rapat2 kasi simpan dalam tabung. Amacam?

Semalam aku ada usha2 FB someone lepas tu terlihat gamba konvo di UTEM yang baru2 jer berlangsung awal Okt haritu. Tercanggak dan rasa kengiluan la sebabnyer mereka mereka berjaya mengakhiri majlis graduasi dengan acara gilang gemilang di dewan besar(nama dewan=dewan besar)itu. Memang tidak adil. Siap dapat pendrive, beg laptop UTEM. Depa tu extend lelamer then join budak2 junior. Kami yang bijak2 tak pernah extend studies, dapat A untuk projek sarjana hanya dapat konvo kat dewan hotel mitc. Macam harammm... Rezeki masing2 kan. Sekarang pun sumer dah jadi engineer. Apedehal.

Lagi satu sekarang ni aku tengah pening kepala dengan seseorang (eh ker satu team?). Hei kawan kalau nak hand over keje yang tasking dier per person = 4 5 belas ratus kerja dalam suatu masa tu sila sila lah ajarkan kami secara tertib atau dengan bahasa kasar sedikit sampai kami reti bahasa. Baru lah senang nak handle sesuatu kerja. Tak der la suatu masa nnt biler kami mengambil kerja tersebut, kami akan serbu anda semula semata mata nak tanya helo, macam maner nk buat ni..u ajar laju sangat la.., hi, saya kurang faham la part ni.., eh u pernah ajar kat i ker dulu. wahhh kan lagi parah tu. Sampai kau dah berhenti kerja pun i haunted u smpai lubang cacing.

Di sebabkan terlalu banyak benda yang suddenly menimpa maka hari ini yang sepatutnyer hepi2 pergi open house beraya di sport arena cyber dah cancelled. Pakai dah lawa ni. Last2, pergi Alamanda makan kat secret recipe. Kat situ juga berlaku sesi luah perasaan yang macam semua darah dah naik smpai kepala. Rasa nak gigit pipi kanak2 yang tembam biar dier nangis kuat2. rrrrrrrrrr................

Friday, October 9, 2009

Alahai la Badul... Part 1

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda bernama Badul yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye.


Pada suatu hari Badul bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu Badul itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Badul : ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
M.salleh : Oh, I'm sorry
Badul : It's ok, never min. Thank you.
M.salleh : Thank you too.
Badul : ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
M.salleh : ( hairan ) what for?
Badul : ( four..four hmm five ) thank you five.
M.salleh : Are you sick?
Badul : ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut )
Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
M.salleh : ( bingung )

....................................................................................................

Suatu hari di klinik Mat Desa, sebaik sahaja Badul mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Badul terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Badul : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Badul : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Badul pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Badul : Saya datang untuk ujian air kencing...

cont..

Friday, October 2, 2009

siot my monyet dah hilang


Tindak balas emel
Received
Ai cik adik.. adakah kamu menjumpai beg monkey cik adik??
Replied
cik abg...bag monkey saya tidak kelihatan di meja ofc. berkemungkinan besar monkey tersebut telah lari masuk ke hutan zoo negara.

bagaimana yaaa?

Received
Barangkali. Hurmm..
sudah sekian lama,
kamu menjaganya ..
akhirnye dia,
lari entah kemana.
Tidak guna……

Sungguh tak ku sangka..
Monyet lari bersama si pensel mata

*********************************************
Misteri kehilangan Beg Monkey.
1 oct-Tempat dirahsiakan. Lewat semalam, seorang kanak kanak peringkat remaja matang telah kehilangan sebuah beg kecil yang berwarna Ungu putih. Beg kecil tersebut yang terkenal dengan jolokan 'beg monkey' mengandungi barang berharga di dalam antaranya pensel mata, gincu milik syarikat XYZ berserta lip balm jenama terkemuka. Diharap sesiapa yang menjumpai beg monkey berkenaan sama ada terjumpa, ternampak, atau tercuri, silalah menghubungi arinakikikiko di no 013********(maaf no dirahsiakan atas permintaan pemilik.pandai2 la cari ye!). Kerjasama semua pihak amatla diutamakan. Sekian, Bernamas