Monday, October 26, 2009

Abang lif

Pada suatu hari, sedang siti sedang enak melayan chatters, tiba2 telefon berbunyi menandakan jam sudah hampir memasuki pukul 2petang. Lantas siti bergegas keluar dan meghampiri tandas wanita untuk membetulkan apa yang patut. Okei sudah shantek. Lets gone!


Lalu siti pon bergerak menuju ke lif dan tangkas menekan butang ke bawah. Berdebar juga ye dada siti melihat saat pintu lif terbuka. Gamaknya takut sekiranya ader nenek tua ker atau bayang2 hantu ker. Lega hatinya melihat ader 3jejaka tampan sedang memerhatinya memasuki lif. Setelah pintu lif ditutup, suasana di dalam lif amat sunyi. Sunyi seperti tiada manusia tiada udara tiada serangga. Aneh. Siti memandang sekeliling. Debaran siti makin kuat. Tiba tiba salah seorang jejaka tersebut bersuara

Mat A: Hei mat, ko bukan sudah beranak dua ker?

Mat B: Belum.. (mukanyer ditunduk ke bawah saja)

Mat c: ......

Mat A: Ohh ko kan baru kawin..

Mat B: .....seraya di dalam hati (cilakak la ko bai)

Serasa siti muka Mat B sudah berubah warna merah jambu dan mukanya asyik di pandang kebawah sahaja menahan aper ntah. Siti hanya memandang tiga jejaka di depannya seperti tiada ape2 yang berlaku. Ting..!! Pintu lif terbuka dan siti berlari keluar di sertai ketiga tiga jejaka tampan tersebut. Tiba tiba siti terdengar

ahahahahah ahahahaha .... ahahahahah wakakakak weehheeeee

Oh, ketiga2 mereka ketawa berdekah menahan malu agaknya. Mat B menepuk2 dan menampar2 badan Mat A gara2 telah memalukan beliau di dalam lif tersebut. Siti hanya tersenyum dan mengelengkan kepala

No comments: