Aku teringin la untuk memiliki sebuah rumah... Rumah yang sangat comel dan di dalamnya penuh dengan keindahan dekorasi serta bunga bungaan. Ada juga aku belek2 majalah dan mencari cari deko deko bagaimana yang aku idamkan. Indahnyer dapat menang deko deko idaman tajaan celcom tu. Teringin juga! Arghh bermimpi la nak menang. Masuk peraduan dengan hanya topup dan sms pun dah malas.Ok..Saper nak tiket ke konsert Ct Nurhaliza sila angkat tangan! Oh bukan free ya, sekepala rm35. Okei la tu. Bila lagi nak pergi ke konsert Ct tu. Aku memula macam teringin. Maklumla ader cik abe sudah mengoffer untuk belanja. Takper la. No Thanks! Pening la dengan manusia yang sesak macam ribut taufan. Macam ragam macam peel. Walla beyonce pun ader nk datang Msia buat konsert ni dekat bukit jalil. Tiket plak mencecah smpai tiga ratusan dan lima ratusan. Memang den tak pergi la. Baik simpan duit rapat2 kasi simpan dalam tabung. Amacam?
Semalam aku ada usha2 FB someone lepas tu terlihat gamba konvo di UTEM yang baru2 jer berlangsung awal Okt haritu. Tercanggak dan rasa kengiluan la sebabnyer mereka mereka berjaya mengakhiri majlis graduasi dengan acara gilang gemilang di dewan besar(nama dewan=dewan besar)itu. Memang tidak adil. Siap dapat pendrive, beg laptop UTEM. Depa tu extend lelamer then join budak2 junior. Kami yang bijak2 tak pernah extend studies, dapat A untuk projek sarjana hanya dapat konvo kat dewan hotel mitc. Macam harammm... Rezeki masing2 kan. Sekarang pun sumer dah jadi engineer. Apedehal.
Lagi satu sekarang ni aku tengah pening kepala dengan seseorang (eh ker satu team?). Hei kawan kalau nak hand over keje yang tasking dier per person = 4 5 belas ratus kerja dalam suatu masa tu sila sila lah ajarkan kami secara tertib atau dengan bahasa kasar sedikit sampai kami reti bahasa. Baru lah senang nak handle sesuatu kerja. Tak der la suatu masa nnt biler kami mengambil kerja tersebut, kami akan serbu anda semula semata mata nak tanya helo, macam maner nk buat ni..u ajar laju sangat la.., hi, saya kurang faham la part ni.., eh u pernah ajar kat i ker dulu. wahhh kan lagi parah tu. Sampai kau dah berhenti kerja pun i haunted u smpai lubang cacing.
Di sebabkan terlalu banyak benda yang suddenly menimpa maka hari ini yang sepatutnyer hepi2 pergi open house beraya di sport arena cyber dah cancelled. Pakai dah lawa ni. Last2, pergi Alamanda makan kat secret recipe. Kat situ juga berlaku sesi luah perasaan yang macam semua darah dah naik smpai kepala. Rasa nak gigit pipi kanak2 yang tembam biar dier nangis kuat2. rrrrrrrrrr................

No comments:
Post a Comment