Thursday, December 31, 2009

Cinta jangan kau pergi

Ya! Dengan ini secara rasminya harini merupakan penutupan kepada tahun 2009 dan tepat jam 12tgh mlam ni, bermula episod baru untuk tahun 2010. Macam pegumuman penutupan acara sukan kan?

Kenangan manis dan pahit sepanjang aku menempuhi tahun 2009 memang lah tidak akan sesekali dilupakan. Tahun ni mmg cabaran dan dugaan yg dikira besar jugala yg telah aku tempuh dan alhamdulillah sukses melangkauinya. Bagaimana dengan kalian?

Dan banyak jugalah perubahan yang berlaku dari permulaan memasuki tahun 2009 sehinggalah nak mencapai ke pengakhiran 2009. Kadang2 tu bila pikir2 balik mcm banyak hikmah tersembunyi. Okei2 tak nak masuk citer yg sedih2. Cuma sekarang ni aku nk highlight la pasal azam2 tahun baru ni.

Ader azam ke? Oh tidak.. Aku lebih selesa biler segala yang berlaku dan menimpa jadi secara naturalnyer. Lagipun jujur aku katakan yang aku bukan lah seorang yg bijak mengatur plan2 dan juga bukan lah org yg terlalu maukan segala yang dirancang menjadi seperti yang diinginkan.

Yang menjadi penguat kepada diriku untuk mencapai sesuatu itu bila aku berpegang pada jalanNya. Usaha itu semestinya. Kalo dua2 tidak seiring, rasernyer tidak lah seperti yang aper aku ade sekarang ni. Oleh itu, jika korang ader azam, laksanakan azam tu dan usaha. Sebab kiter telah diberi 365hari untuk langsaikan aper keinginan yang dicari.

Semoga kemasukan tahun 2010 memberi seribu satu makna pada kiter semua dan dikurniakan kesihatan, rezeki dan kasih sayang. Aminn

Thursday, November 26, 2009

Oh Tidak

Aiseyy ader org ceroboh blog pastu meletakkan calendar bayi. U?!

Wednesday, November 11, 2009

Ada Gajah mengamuk kat Melaka!!!!!

Mana nak start? mana nak start? banyak benda nak di hupdate ngan banyak benda nak dicerite ni. Baik la salah aku dah lama xhupdate. Hati sudah merajuk jiwa tak keruan maka jari jemari pun malas nak ambil tahu apa yang dah berlaku kat blog ni. Minggu apa eh nak bagitau. Pengakhiran bulan Oktober dan seminggu pertama di bulan November banyak memberi aku kekecewaan dan kegembiraan. Permulaan episod aku berasa amat di landa gundah gulana, tido xmenentu, keje yang banyak, konflik demi konflik arghhh aku bosan! Rasa seperti nak hantuk kepala ke dinding dan menendang muka tedy bear. Sabar..sabar... Aku kena bersabar.

Okei mari kita lupakan saat kesedihan tersebut dan aku akan ceritakan pula hal hal mengembirakan. Opss..jangan la jeles pula. Kita sama sama berkongsi cerita kan. Kau cerita bagai hendak gila apa salahnya aku pula. Baiklah, kamu pernah ada sahabat? sahabat dikala sekolah dahulu berkepit sepanjang masa sampaikan masuk ke toilet bersama sama, lunch bersama sama, tukar baju PJ pon bersama sama, masuk koko pon kelab yang sama, monteng kelas pon sama sama. Pendek kata suma pon sama la. Ibarat belangkas. Tapi bila masa sekolah berakhir dan ada yang belajar ada yang berkerja, perkataan 'sama sama' tidak lagi wujud. Semua dah ader bf dan semua pon buat hal memasing. Tup tup! sms masuk, call masuk, peti surat tertera pula nama kita. Oh, nak kawin... Lega rasa sahabat ingin mengakhiri zaman bujangnya. Panjang aku citer doh. Emo sebernarnyer ni. Ada kisah sebenarnyer pasal sahabat nak kawin ni, lain kali la ye. Lihat la, sejuk mata memandang..


Mengimbau kenangan lama lagi, rasanya dah lama xkarok dengan kengkawan. Kalau dulu masa terbaik untuk karok, habis exam dengan pakai baju kurung reramai masuk karaoke jamban. Semua orang pandang macam 'eh bebudak ni salah masuk tempat ker..ini bukan majlis kenduri selamat'. eheheh kami memang havoc. Apa salahnya setelah berhempas pulas baca buku sehari sebelum exam, meghafal dan menghafal then setelah abes exam menghilangkan beban di dada dan minda. Tak salahkan. Come on come on. Kata dunia dah maju. Lepas tu bila dah bekerja, karok pula ngan member. Sakan sampai dia bawak aku berjoget atas kerusi. Cik hajar, ko memang yang terbaik :P Then baru baru ni, pergi bersama Z and C. Pasangan yang pernah menyumbang suara dan main gitar di majlisku. Sweet. Aku betul2 kalah la dengan korang. Z, aku raser ko layak masuk OIAM la. Nnt aku vote ko k.

Ah ha, last week minggu keemasan, planning yang jadi x jadi tetiba menjadi. Maklumla aku tau aku sorang kontraktor maka wajib sedar gaji selalu masuk lewat. Sekali gaji masuk jumaat da. Apa lagi kemas2 brg and merempit la ker melaka. Ya, tempat yang penuh dengan kenangan. Melaka, Here i come!...



Terasa ibarat macam baru terbang dari langit ke tujuh. Selamat sampai melaka dan pusing sampai la macam tak nak balik. Pernah dengar lagu ini?

'Dari melaka ke negeri pahang
Singgah sebentar beli berangan ewahh!!'

Terakhir benda yang ingin dikongsikan. Setelah jauh merantau dari KL-nogori9-afamosa resort-formosa garden-klebang, singgah pula ke durian tunggal. UteM ku yang gah ni, sudah siap sedia untuk para junior2 masuk dan menimba ilmu ke menara gading. Memang kami yang batch ke4 ni xmerasai seperti skrang UteM di durian tunggal, tapi kami sangat menikmati bila kelas di rumah kedai, selepas abes kelas minum2 lepak2 di mana kedai makan sebelah kelas, then duduk di pangsapuri siap jomheboh betul2 sebelah hostel, naik bus Tuah belakang pangsapuri turun kat JJ, lepas tu pula, dinner di MITC. Aku hepi sebab sumer kemudahan berada berdekatan kami dan mudah untuk pergi lepak. Durian tunggal? mcm Uni gomen yang lain la. terceruk meruk xder aper selain beruk.





Wednesday, October 28, 2009

Work Wakant!!!


Oh semalam aku pergi kedai nak beli santan. Lepas tu ternampak banyak iklan tertepek pada tepi peti sayur dan buah buahan. Tetiba aku jadi sangat teruja dengan penggunaan ayat bahasa inggeris di iklan tersebut lantas snap gambar ini untuk tontonan semua. Maner tau ader sesaper yang berminat.


Monday, October 26, 2009

Abang lif

Pada suatu hari, sedang siti sedang enak melayan chatters, tiba2 telefon berbunyi menandakan jam sudah hampir memasuki pukul 2petang. Lantas siti bergegas keluar dan meghampiri tandas wanita untuk membetulkan apa yang patut. Okei sudah shantek. Lets gone!


Lalu siti pon bergerak menuju ke lif dan tangkas menekan butang ke bawah. Berdebar juga ye dada siti melihat saat pintu lif terbuka. Gamaknya takut sekiranya ader nenek tua ker atau bayang2 hantu ker. Lega hatinya melihat ader 3jejaka tampan sedang memerhatinya memasuki lif. Setelah pintu lif ditutup, suasana di dalam lif amat sunyi. Sunyi seperti tiada manusia tiada udara tiada serangga. Aneh. Siti memandang sekeliling. Debaran siti makin kuat. Tiba tiba salah seorang jejaka tersebut bersuara

Mat A: Hei mat, ko bukan sudah beranak dua ker?

Mat B: Belum.. (mukanyer ditunduk ke bawah saja)

Mat c: ......

Mat A: Ohh ko kan baru kawin..

Mat B: .....seraya di dalam hati (cilakak la ko bai)

Serasa siti muka Mat B sudah berubah warna merah jambu dan mukanya asyik di pandang kebawah sahaja menahan aper ntah. Siti hanya memandang tiga jejaka di depannya seperti tiada ape2 yang berlaku. Ting..!! Pintu lif terbuka dan siti berlari keluar di sertai ketiga tiga jejaka tampan tersebut. Tiba tiba siti terdengar

ahahahahah ahahahaha .... ahahahahah wakakakak weehheeeee

Oh, ketiga2 mereka ketawa berdekah menahan malu agaknya. Mat B menepuk2 dan menampar2 badan Mat A gara2 telah memalukan beliau di dalam lif tersebut. Siti hanya tersenyum dan mengelengkan kepala

Friday, October 23, 2009

Aku sudah mengalah


Memang kenkadang di dalam dunia ni, bila suatu masa hidup kita penuh dengan bahagia dan kemewahan, kita lupa pada kesedihan. Kita lupa bagaimana menjadi orang yang sentiasa mengingati bagaimana bersusah payah, bagaimana terjadi saat yang menimpa pada diri kita dan lupa bahawa suatu masa dulu air mata kita pernah menitis gara gara menangisi kesedihan yang melanda. Tapi bagaimana aku hendak bahagia sekiranya saat bahagia terpaksa diselubungi saat sedih? Jawapannya, tidak salah bila kau hendak berbahagia tetapi dengan adanya sekelumit perasaan sedih boleh mengelak kau berasa riak dengan kehidupan yang ada sekarang ini. Contoh kata, bila kawan kau buat lawak, kau ketawa berdekah dekah sampai mengalir air mata, sampai tak kering gusi dan sampai senak senak perut dibuatnya gara gara lawak bangang dibuatnya. Sehingga kan seharian bila terpandang wajah kawan yang buat lawak tersebut, kau rasa geli hati dan ingin tertawa lagi dan lagi. Tapi, apa yang menyebabkan diri kau berasa terlalu gembira dan bahagia seperti itu? Pesanan orang tua kita, suka la berpada pada jika tidak kelak kita akan berduka.

Salam,
Diri yang sudah mengalah

Tuesday, October 20, 2009

Saper hantu jagung angkat tangan!


Beli Jagung

Makan Jagung

Aiskrim Jagung

Soya perisa Jagung


Dating makan Jagung
Tepung pun pakai tepung Jagung

Nak T-Shirt gambar Jagung ada?


Apehal ni nak jadi Hantu Jagung ker?


Jagung...Jagung....Jagung...Aku suka Jagung....Jagung...Jagung...Jagung...
Ya aku memang gila jagung. Hantu Jagung!

Wednesday, October 14, 2009

Membebel tak tentu pasal

Aku teringin la untuk memiliki sebuah rumah... Rumah yang sangat comel dan di dalamnya penuh dengan keindahan dekorasi serta bunga bungaan. Ada juga aku belek2 majalah dan mencari cari deko deko bagaimana yang aku idamkan. Indahnyer dapat menang deko deko idaman tajaan celcom tu. Teringin juga! Arghh bermimpi la nak menang. Masuk peraduan dengan hanya topup dan sms pun dah malas.

Ok..Saper nak tiket ke konsert Ct Nurhaliza sila angkat tangan! Oh bukan free ya, sekepala rm35. Okei la tu. Bila lagi nak pergi ke konsert Ct tu. Aku memula macam teringin. Maklumla ader cik abe sudah mengoffer untuk belanja. Takper la. No Thanks! Pening la dengan manusia yang sesak macam ribut taufan. Macam ragam macam peel. Walla beyonce pun ader nk datang Msia buat konsert ni dekat bukit jalil. Tiket plak mencecah smpai tiga ratusan dan lima ratusan. Memang den tak pergi la. Baik simpan duit rapat2 kasi simpan dalam tabung. Amacam?

Semalam aku ada usha2 FB someone lepas tu terlihat gamba konvo di UTEM yang baru2 jer berlangsung awal Okt haritu. Tercanggak dan rasa kengiluan la sebabnyer mereka mereka berjaya mengakhiri majlis graduasi dengan acara gilang gemilang di dewan besar(nama dewan=dewan besar)itu. Memang tidak adil. Siap dapat pendrive, beg laptop UTEM. Depa tu extend lelamer then join budak2 junior. Kami yang bijak2 tak pernah extend studies, dapat A untuk projek sarjana hanya dapat konvo kat dewan hotel mitc. Macam harammm... Rezeki masing2 kan. Sekarang pun sumer dah jadi engineer. Apedehal.

Lagi satu sekarang ni aku tengah pening kepala dengan seseorang (eh ker satu team?). Hei kawan kalau nak hand over keje yang tasking dier per person = 4 5 belas ratus kerja dalam suatu masa tu sila sila lah ajarkan kami secara tertib atau dengan bahasa kasar sedikit sampai kami reti bahasa. Baru lah senang nak handle sesuatu kerja. Tak der la suatu masa nnt biler kami mengambil kerja tersebut, kami akan serbu anda semula semata mata nak tanya helo, macam maner nk buat ni..u ajar laju sangat la.., hi, saya kurang faham la part ni.., eh u pernah ajar kat i ker dulu. wahhh kan lagi parah tu. Sampai kau dah berhenti kerja pun i haunted u smpai lubang cacing.

Di sebabkan terlalu banyak benda yang suddenly menimpa maka hari ini yang sepatutnyer hepi2 pergi open house beraya di sport arena cyber dah cancelled. Pakai dah lawa ni. Last2, pergi Alamanda makan kat secret recipe. Kat situ juga berlaku sesi luah perasaan yang macam semua darah dah naik smpai kepala. Rasa nak gigit pipi kanak2 yang tembam biar dier nangis kuat2. rrrrrrrrrr................

Friday, October 9, 2009

Alahai la Badul... Part 1

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda bernama Badul yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye.


Pada suatu hari Badul bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu Badul itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Badul : ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
M.salleh : Oh, I'm sorry
Badul : It's ok, never min. Thank you.
M.salleh : Thank you too.
Badul : ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
M.salleh : ( hairan ) what for?
Badul : ( four..four hmm five ) thank you five.
M.salleh : Are you sick?
Badul : ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut )
Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
M.salleh : ( bingung )

....................................................................................................

Suatu hari di klinik Mat Desa, sebaik sahaja Badul mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Badul terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Badul : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Badul : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Badul pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Badul : Saya datang untuk ujian air kencing...

cont..

Friday, October 2, 2009

siot my monyet dah hilang


Tindak balas emel
Received
Ai cik adik.. adakah kamu menjumpai beg monkey cik adik??
Replied
cik abg...bag monkey saya tidak kelihatan di meja ofc. berkemungkinan besar monkey tersebut telah lari masuk ke hutan zoo negara.

bagaimana yaaa?

Received
Barangkali. Hurmm..
sudah sekian lama,
kamu menjaganya ..
akhirnye dia,
lari entah kemana.
Tidak guna……

Sungguh tak ku sangka..
Monyet lari bersama si pensel mata

*********************************************
Misteri kehilangan Beg Monkey.
1 oct-Tempat dirahsiakan. Lewat semalam, seorang kanak kanak peringkat remaja matang telah kehilangan sebuah beg kecil yang berwarna Ungu putih. Beg kecil tersebut yang terkenal dengan jolokan 'beg monkey' mengandungi barang berharga di dalam antaranya pensel mata, gincu milik syarikat XYZ berserta lip balm jenama terkemuka. Diharap sesiapa yang menjumpai beg monkey berkenaan sama ada terjumpa, ternampak, atau tercuri, silalah menghubungi arinakikikiko di no 013********(maaf no dirahsiakan atas permintaan pemilik.pandai2 la cari ye!). Kerjasama semua pihak amatla diutamakan. Sekian, Bernamas



Monday, September 14, 2009

Mari kita Bernyanyi!

Sesekali dengar lagu omputih ni mmg mengasyikkan. Bak kata org layannnn. Nak2 lagu yg radio hotfm selalu putar2 tiga pat kali sehari. Sampaikan semua baris ayat lagu tuh dah boleh khatam la. Silap-silap boleh buat album sendiri. Ada sekali tu, sedang enak melayan lagu tetiba aku macam terpikir, apa kata aku alih bahasa kan lagu-lagu omputih dan nyanyikan di dalam bahasa melayu. Sambil bernyanyi sambil menambah ilmu. eh ya ka? Mari2 kita nyanyi bersama2.

Sean Kingston - Fire Burning(versi asal)

Somebody call 911!
Shawty fire burning on the dance floor, whoa(Fire burning, fire burning)
What a gwaan!
Kingston, let’s go, hey!RedOne, hey, hey

Shawty got that super thing
Hotter than the sun in the south in Spain
Got me soon as I walked through the door

My pocket started tickling
The way she drop it low, that thang
Got me wan’ spend my money on her, her

She get it, pop it, lock it, drop it, that birthday cake
Got a candle, need to blow that crazy flame away
Now take my red, black card and my jewelry
Shawty is cool like the fire, cool like fire

....................................................................................................

Sean Kingston - Fire Burning(versi alih bahasa)

Seseorang hubungi 911,
Shawty api terbakar atas lantai tari, whoa
(api terbakar, api terbakar)
apa gwaan!kingston, jom, hey!Yang merah, hey, hey


shawty ada benda sangat bagus
lebih panas dari matahari di spain selatan

menghangatkan aku pabila berjalan melalui pintu

poketku mula mengelitik
cara dia jatuh begitu rendah, begitu

membuatku mahu belanjakan duit dekat dia

dia dapat, letuskan, kuncikan, jatuhkan, kek besday itu,
ada lilin, perlu untuk tiup api lilin pergi macam gila

sekarang ambil merahku, kad hitam dan permataku
shawty tenang macam api, tenang macam api

....................................................................................................

Christina Aguilera - Genie in the bottle(versi asal)

I feel like
I've been locked up tight
for a century of lonely nights
Waiting for someone
to release me
You're lickin' your lips
and blowing kisses my way
But that don't mean
I'm gonna give it away
Baby baby baby (baby baby baby...)
Ooohhh, 'my body's sayin' lets go'
Ooohhh, 'but my heart is sayin' no'

If you wanna be with me
Baby there's a price to pay
I'm a genie in a bottle
You gotta rub me the right way
If you wanna be with me
I can make your wish come true!!
You gotta make a big impression
gotta like what you do!!!!!!!!!!!!!

....................................................................................................

Christina Aguilera - Genie in the bottle(versi alih bahasa)

Ku rasa macam
Aku sudah terkunci rapat
Selama berkurun di malam yang sunyi
Menunggu seseorang
Untuk melepaskanku
Kau menjilat bibir
dan meniup ciumanku pergi
tapi itu bukan maknanya
aku akan membiarkan ia pergi
Bayi bayi bayi (bayi bayi bayi...)
Ooohhh, Badanku berkata mari
Ooohhh, tetapi hatiku berkata tidak

Jika kau ingin bersama ku
Bayi disitu ada harga yang perlu dibayar
Aku adalah jin dalam botol
Kau perlu untuk gosok aku dengan cara yg betul
Jika kau ingin bersama ku
Aku boleh buat hajat kau tercapai
Kau pasti boleh buat pengaruh besar
pasti suka apa yg kau buat

Macam sin chan menyanyi pon ada gak. Macam tunggang langgang jer bunyi nyer kan? Maaf la pengalihan bahasa menggunakan translator sahaja. Harap semua paham ya. Jangan tiru sekiranya terdapat kesalahan bahasa. Hanya anda dapat menentukan. Wow macam mesej hari raya. Adios

Thursday, September 10, 2009

Kejadian atas Kejadian

Buat pertama kali nya Ah Ha!, lebuhraya tol puchong yang saban harinya tidak sesibuk maner telah berjaya menghantui para pemakainya apabila berjaya membuat kami (yang berkerja sekitar cyberjaya dan putrajaya) sesak macam nak pergi menonton konsert Micheal Jackson live in Puchong.!!! warghh sangat tensen dan terrible. Tak per, kejap lagi anda semua bakal saksikan apakah kejadian atas kejadian yang aku maksudkan.

1) Lihat buktinya dahulu. Tak main la tipu2 ni. Mmg sangat sesak sehingga perjalanan yg hanya mengambil masa 15minit telah bertukar jadi 150minit!

Sebelum menghampiri tol ( 090909 8.30 Am)



Semasa menghampiri tol (090909 8.45 Am)



Selepas melepasi tol (090909 8.50 Am)


Masa ini, terperangkap yang amat sangat. Jauh lagi tuh nak menyampai ke ofis. Bergerak pon hanya beraper meter jer dari tol tu tapi jem yang kat depan xlepas2 lagi



2) 090909 9.18 Am. Tersangat la tensen dan beralih pula pada aktiviti yang lain. Jem di situ macam dah xgerak2 dah. Okei kami berdua buat2 xnampak dengan jem tersebut dan bernyanyi2 lagu hari raya kuat2
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Lagu dendangan Anuar Zain - Suasana Hari Raya
3) 090909 9.30 Am. Dah penat nyanyi, masa untuk mengetip kuku pula. Abis suma kuku kaki tangan ketip smpai kontot. Macam dah tempat spa pun ada gak. Lepas tu sampah2 kuku tersebut dengan selambanya buang ke luar kereta. Pelik jer orang kereta sebelah tgk.

4) Okei mari main S.O.S. eh, betul ker S.O.S? Arghh janji ader 'O'


5) 090909 9.40 Am. Lihat sikit bagaimana rupanya wajah manusia bila di ubah menjadi alien. Agaknyer alien pun tak nak mengaku muka sebegitu malah di kutuk nya pula. Kata anak alien " ader ker patut dier kater tuh muka keturunan kiter, 10juta ensem lagi la kami!" Memang anak alien ini tak sedar diri



6) 090909 9.50 Am. Yang ini lagi satu kejadian pelik yang berlaku. Kalau dah namanya jem, sepatutnya tukang pembawa van Ambulans sila la cari jalan alternatif yang lain. Aku tersangat la kasihan pada mangsa yang berada di dalam van tersebut. Agak lama jugak la van Ambulans tuh nak melepasi kesesakan macam ikan sardin ni. Siren dier tak berhenti2 bunyi tapi apakan daya, nak bagi jalan pun xboleh sebab sumer pon terhimpit2 jer kereta. Hendak jer panggil Superman kasi angkat itu Ambulans la

Tuesday, September 8, 2009

Apa yang kau mengidamkan selama ini

Permulaanya aku nak beritahu la, ini bukan lah petanda ker aper2 berkaitan ngan mengidam dalam kehidupan seorang isteri yang hamil. Idam yang aku maksudkan adalah idam atau idaman atau idam-idamkan. Ada paham?


Profession atau kerjaya

Dulu masa umur 8tahun, aku ni mengidam atau bahasa lembut impikan untuk menjadi seorang ustazah. mungkin zaman itu aku budak hingusan sgt2 dan aku suka benar pergi mengaji. bandingkan dengan cikgu aku lagi suka untuk jadi ustazah la. Asal saper2 yang tanya 'besar nanti mei nak jadi aper?' dengan bersungguhnya aku akan jawab 'ustazah!'. Walaupun ketika itu aku xtahu profession dan tanggungjawab sebenar menjadi seorang tenaga pengajar.

Dah besar sikit masuk sekolah menengah, aku idamkan pula jadi doktor. Standard la doktor pakar bedah biasanya. Tak nak la doktor gigi. Asyik kena tampal gigi jer tuh yang xberminat jadi doktor gigi. sakit tuh kena tampal kalo gigi berlubang. Belajar punya belajar akhirnya dapat jugak sains stream. Bangga sebab sumer org akan pandang tinggi la kat budak sains ngan cikgu pon sayang (padahal bio selalu jer fail).

Lepas abis SPM, beralih pula pada pakar bedah forensik. Masa tu aku start suka bila jadik budak lagi pandai sikit sebab dapat masuk matrix. Subhanallah..payah jugak belajar kat matrix ni. Bayangkan, proses pembelajaran yang memerlukan masa 2tahun untuk khatamkan dipendek-pendekkan dan dimampat-mampatkan hingga jadik setahun. Tak ke gila dibuatnya. Tapi zaman matrix mmg agak bosan sebab duduk asrama ngan jauh terpencil kat dalam hutan rimba mambang tuh (ala kat gambang pahang tu). Aku nyer rumate pon budak nerd ngan byk budak pakai tudung labuh. Alahai baik la pulak.

Tapi profession idaman untuk menjadi pakar bedah forensik tidak kesampaian akibat aku dicampakkan ke KUTKM(yang sekarang dikenali UTEM). Ada yang ingatkan aku dapat UTM la UITM la KUTPM la. Ada pulak yang ingatkan sebutan KUTKM tu KUTEKEM atau KUKTEM. Memang cobaan dan haru-biru dibuatnya. Masuk jer UTEM, kerjaya idaman sudah bertukar kepada pegawai IT. Atau lebih kepada apa-apa kerjaya di bidang IT. Permulaan memang xboleh terima tapi zaman telah menuntut lebih banyak kerjaya dan tenaga pengajar di dalam bidang IT. Alhamdullilah...

Cinta atau Kahwin atau Perkahwinan atau Percintaan

Panjang benor tajuknye tapi kesimpulannya idam kepada cerita ke arah cinta dan kahwin. Di mana ye nak start. Salah tulis kang merajuk pula. Okei la blog aku cerita aku. Yang penting sekarang sudah happy. Cuma entry ni berkaitan idaman saja. Jangan salah anggap yer.
Arif! itu la cinta monyet pertama aku di dalam hidup. Atau nama sebenar Tengku Arif. Darah anak raja agaknye. Orangnya hensem(paham2 la time kecik2 makna ensem tuh mcm mane), sopan(kira xnakal la), bijak(pandai bahasa melayu! melayu sungguh!) dan memiliki sepasang mata yang sangat cantik. Anak mata hitam dan besar serta bulu mata yang lentik. Oh ya, dia juga ada bibir yang merah sentiasa. Opss terlebih sudah!

Cinta tidak kesampaian untuk bercinta dengan anak tengku sebab masuk jer darjah 6, arif bertukar ke sekolah lain. Sedih jugak la. Kemudiaannya, berpindah ke sek men perempuan jalan ipoh kl (ipoh mali versi kl). Dah nama pun sekolah perempuan so maafla yer tiada sesaper yang diidamkan di sekolah tersebut. Sila faham. Girl hanya boleh bercinta ngan boy. Girl Girl uewww..

Time sekolah, walaupun sekolah perempuan tapi jiwa aku tetap mahukan lelaki dan aku idam kan untuk mendapat seorang kekasih yang hip-hop. Apakah! Mungkin zaman tu zaman remaja hip-hop dan aku suka layan lagu-lagu too phat, KRU. Aku macam suka la tgk budak-budak lelaki yang pakai gaya ala-ala hip hop. Sweet sangat. Aku hampir berjaya eh silap, budak hip hop itu hampir berjaya memiliki aku tapi malangnya perbezaan jarak yg jauh dan umurnya yg jauh lebih tua dari aku maka musnahla idaman untuk bersama kekasih hip hop.

Disebabkan zaman matrix terdapat pelbagai kisah yang xsepatutnya dapat dikogsikan di dalam blog ni, maka beralih pula zaman UNI k. Aku pun sudah matang sikit dan dah tahu la serba sedikit bagaimana manusia yang layak digelar kekasih dan suami. chewahh ayat xboleh bla. Masa ini, aku idam kan untuk mendapat seorang jejaka (bukan lagi boy atau hip hop). Seseorang yang boleh menerima aku seadanya. Aku rasa mungkin korang patut dengar lagu dendangan

dewa- tak kan ada cinta yang lain

Thursday, September 3, 2009

Bila Ingatan sudah lupa

Kejadian lupa yang pertama


...............

Suatu hari Siti terjaga. Sambil terpisat-pisat bangun, Siti terus mencapai seterika. Aktiviti gosok baju masih lagi seperti biasa. Kemudian, Siti bergegas ke bilik air dan seterusnya bersiap dengan gayanya. Nama pun pompuan so ambil masa la seketika untuk bersiap-siap tu. Suami siti sesudah subuh lagi sudah bersiap (ayat perli agaknya). Pantas macam kilat. Dicapainya remote control menonton apa yang ada sementara menunggu isteri tersayang ini. Dalam keheningan pagi, tiba-tiba suami Siti bersuara

"mm..saya ada interview arini. Siti sudah luper ke?" Siti terkesima.

Apabila diimbas kembali, malam sebelumnya suami Siti ada memesan untuk digosokkan baju yang smart sedikit. Rupa-rupanya Siti tersalah gosok baju yang tidak sepatutnya. Patutla kelihatan muka suami Siti agak kelat seperti kelatnya buah mangga yang masam. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.15pagi. Siti berkira-kira dengan waktu disebabkan pertama, interview suaminya pada pukul 9.30pagi. Perjalanan pula memerlukan lebih kurang 1 jam 15 minit dimana perjalanan dari rumah-ofis Siti-ke tempat interview suami. Arghh sempat ke?! Sebab kedua pula, Siti masih belum mengenakan tudung dikepala.

"err..saya tak siap lagi. Awak gosok la sendiri ya?" Sambil tersengih-sengih macam kerang busuk

Suami Siti hanya mengelenggkan kepala sambil mencapai baju smart yang dikehendaki dan lantas mengosok ala kadar. Kesian sungguh samad itu. Setelah kedua-duanya siap, mereka bergegas berlari dan memandu ke destinasi yang dituju..

...............

Kejadian lupa yang kedua

Sesampai di ofis, sebelum tiba di mejanya sendiri, Siti melencung ke meja rakan sekerjanya sambil mengucapkan salam dan morning. Bila dunia ceria hati pun gumbira lah. Lupa pada segala apa yang muncul sebelumnya. Entah apa yang merasuk dirinya..tidak pasti. Di hidupkan komputer sambil girang menyanyi lagu 'lalalalala'. Puasa ke tidak Siti ni?! Dua jam berlalu...sedang Siti leka melayari beberapa laman web gosip dan blog, Siti terlihat tarikh tertera di blog yang di bacanya 28 Ogos 2009 11.53 Am.

"eh, aku lupa la nak update hours. aiseyy lambat la dapat gaji mcm ni!!"

Hah rupanya Siti lupa mengupdate timewrite. Kesian nasib badang. Cepat-cepat Siti membuka laman web untuk dimasukkan hours yang tercicir tu.

Username:wrqt6q
Password:********
Domain:apac

Submit!

Error: The supplied credentials were invalid. Please try again or contact your system administrator for help.

Dalam hati Siti sudah menyumpah-nyumpah. Puas di cuba berkali-kali tetapi masih lagi terdapat error. Habis rakan sekerjanya di maki hamun. Setelah cubaan keseratus

Username:wrqt6q (haikkk...wrq=huruf plat kete laki aku ni!)
Password:********
Domain:apac


Halahh patutlah Siti dapat error jer memanjang, di masukkan pula huruf plat kereta suaminya. Siti..Siti.. Akhirnya Siti mendapat jawapan dan berjaya memasuki laman web dan seterusnya mengupdate apa yang patut.

...............

Kejadian lupa yang ketiga

Haa lain tahun yer bersambung. Tata

Tuesday, September 1, 2009

Persediaan rapi

Lagi dua minggu lebih untuk memasuki ambang detik bulan Syawal. Almaklumlah, cuti raya sudah di approvekan. Gembira hati! Tahun ini agak lamer berayer. Banyak rumah dan banyak duit raya perlu di sediakan T.T. Tapi as long dapat menyambut syawal bersama keluarga sudah memadai.

Banyak juga perubahan drastik berlaku pada tahun ini dan bermacam-macam jugalah kerenah dan perangai manusia yang aku telah depani. Ada yang memeningkan, ada yang mengembirakan, ada yang meyedihkan, ada juga yang aku tak tahu untuk di masukkan dalam kategori aper. Ragam manusia.

Perubahan status juga memberi seribu makna kepada aku. Di mana berlaku pertembungan dua keluarga yang amatla berbeza cara hidup dan gaya. Yang ini susah untuk di selaraskan tapi aku la yang perlu menjadi orang tengah meyatukan dan menyamaikan perbezaan hidup ni. Mungkin setahun, sepuluh tahun atau bertahun-tahun? Entah la, hanya mampu melihat dan mengira.

Pada tahun ini jugalah berlaku perubahan demi perubahan bagi kehidupan berkerjaya aku. Rezeki atau dugaan agaknya. Komplikasi yang berlaku pada tempat kerja sebelum ini, memberi peluang untuk aku mendapat yang lebih baik. Biarpun puncanya hanyalah disebabkan CUTI (juga masalah dengan pengurus yang tidak pandai mengurus), tapi itulah penyebab dan asbab utama mereka kehilangan pekerja berkaliber seperti aku. Yeke?!

Begitu juga Syawal tahun ini memberi satu perubahan kepadaku dimana aku memerlukan banyak perhatian dan pemerhatian terhadap keluargaku dan mentua. Agak berbelah bagi dimana mahu beraya tapi kata sepakat sudah tercapai. Senang bukan.

Mesej untuk semua: Selamat Berpuasa

Wednesday, August 12, 2009

Meet my colleagues



Dari kiri : Mazli Musa,Jerome,Mahani,Kai Peng,Lin Yi Hui,Nand,ME,Fietri




Gambar ini di ambil bersempena ulang tahun kelahiran salah seorang team member kami(tiada di dalam gambar-agak tidak mengenali sgt tapi bantai je makanan dorang ahahah!)


Tuesday, August 11, 2009

Penyakit Berjangkit

Maaf kalian lambat menghupdate blog. Almaklumlah dunia sekarang dilanda macam2 bala. Tak terkecuali aku yang tetiba demam,selesema dan pening kepala. Pagi ini aku terkejut bila membaca article yang bertajuk "Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1" di dalam akhbar Berita Harian. Bila penyangkit berjangkit ini menghidap salah seorang di dalam anggota keluarga, maka sewajarnya kita harus memperketatkan penjagaan kesihatan dan pemakanan. Dunia memang sudah terancam.
Minggu yang lepas, aku pulang ke kampung untuk menemui ayahanda aku yang semakin teruk tulang belakangnya. Sayu hati melihat orang menderita kesakitan. Aku hanya mampu mendoakan agar kesihatannya bertambah baik dan memberikan sedikit sebanyak sokongan moral. Sepanjang aku melewati tempat-tempat terbuka di kuantan dan pekan, boleh dikatakan 60% penduduk yang memakai topeng dan selebihnya melenggang kangkung tiada mengamalkan langkah berjaga. Abang bakar sate pon pakai tau!
Atas nasihat huby dan juga maklang, aku diarahkan memakai topeng untuk mengelakkan wabak tersebut menyerang kerana dikhuatiri batuk boleh mempercepatkan penularan wabak tersebut. Walaupon berada di dalam kereta, topeng muka tetap dipakai. Memang wabak ini mudah menular ditambah kualiti persekitaran udara yang semakin terancam. Maka beringat-ingatlah tatkala diri masih sihat dan bernafas. Utamakan langkah-langkah penjagaan kesihatan dan tidak lupa mengurangkan aktiviti di tempat-tempat awam.

Mesej untuk semua : Cegah H1N1

Friday, July 31, 2009

Jumaat Yey!

Arini aku nak tgk wayang
makan2 lepak2
weekend nih nk jalan2
nak lepak2 umah kezen
mybe teman huby pi futsal
lalalala bestnyer bestnyer hikhik

Minggu nih minggu bersantai besh besh \(o.o)/

Thursday, July 30, 2009

One To One Session

Pagi rabu seperti hari-hari yang lain aku macam biasala tak der keje ape-ape yang perlu dibuat. Jadualnyer, datang keje kul 930 pagi, duduk depan pc, bukak email, bukak lagu, chating2 sikit, bukak blog, lunch, chating2, tgk2 blog pastu kul 6petang balik. Berulang berulang dan berulang sampai la peti mail shell aku dapat inbox untuk buat assessment bagi membuangkan masa yang berlebih2 ni.
Petangnya, aku berpindah ke cubicle yang lain. Cubicle yang lamer tuh aku duduk sengsorang bersebelahan ngan howzat shima(nak kata omputih, muka melayu pakai tudung). Agak membosankan sebab pompuan tuh jarang ader kat tempat dier. Last2 aku merungut kat buddy aku suruh dicampakkan aku ke tempat berhampiran ngan team member aku. Baru mudah nak berkomunikasi ngan buat keje.
Aku pon mulakan dengan sesi amik gambar tuk access card yang bakal digunakan di Prima 9(pindah lagi..!?). Bakal berpindah dijadualkan bulan september nanti. Tepat jam 2.45ptg, aku di panggil untuk 1-2-1 session bersama buddy aku. Aku peserta kedua. Kawan aku yang memula dipanggil, session dier ambil masa setengah jam. Aku masuk ke bilik kecil di mana hanya ada aku dan buddy aku.
Brok Brek Brok Brek Bla Bla Bla Ping Pong Peng ..... Tub2 dah pukul 4lebih. Adeii nak dekat 2jam tuh masuk tuk session. Macam aku betol2 staff bermasalah lak. Biler aku tanyer kawan aku yang kena gak, dier kata samer jer aper yang buddy aku ceriter kan. Mayber dier sengaja cakap pjg lebor nak amik kesempatan berdua di dalam bilik huishh hampehh grrr..
Ceriter hari ini
Pagi-pagi macam biasa. Ader assessment yang aku dah siap terus aku submit walaupon dateline esok petang(mahu tunjuk pekerja proactive da eheheh). Pukul 11lebih huby mesej mahu ikut dier pergi PJ ker tak. Disebabkan tiada aper yang perlu aku buat maka aku pon bersetuju. Baru nak melangkah keluar tetiba dier mesej
Dia : n, lagi 10minit k
Aku : ala, dah kuar pon. naper? xperla aper2hal gitau k.
Aku pon balik ke tempat asal aku. Tetiba..
Dia : N, jom la gerak skrang.
Aku : (dalam hati dah panassss hukhuk..) Okei
Sesampai di dalam kereta
Aku: Pelik la sekejap nak kuar sekejap xnak kuar. Ader aper2 ker?
Dia: Adeii arini abg macam blur la kejap. Tetiba byk benda plak tadi. Time nak kuar, KJ inform interview kat site sabtu nih. Lepas tuh dorang ajak pergi birthday party kumar. Tuh yg jadi blur.
.............
Aku: ....(aku pon naik blur. Aper yang dier blur sebenarnyer?! aiyakk huby2 sambil geleng2kan kepala
Dan kebiasaannyer kalo lunch, dier yang jadik winner abeskan makanan dulu, hari ini aku lak yang habis dulu. Dier jadik makin blur tgk aku dah abes. Aku pon sengih jela eheheh :))))Sampaikan tempat kereta yang baru dier parking sebelum kitaorg pergi lunch pon dier boleh terlupa.
Last2 aku jadik blur..
Blur..blur...blur...

Wednesday, July 29, 2009

Bila jari ku menaip

Mampukah jari jemari aku menaip mengeluarkan
bedilan-bedilan barisan ayat di saat kami kesuntukkan masa bagi menyedarkan dia?
"aiyakk kenapa la kaklong degil dengan keputusan nk kawin ngan laki org tuh...dah la dier jahat pastu mengapi2kan family. Camnih ker calon menantu?!"
Aku tetap akan menulis surat kepada kaklong mengatakan kami semua menyayanginya dan tidak mahu kehilangannya. Keputusan mahkamah beratkan kepada pasangan ingin berkahwin dan wali enggan, dah tentunya kalah! maka bergembira la sialan dua org tuh. Pikir la wehh parent hang!! kesian mereka yang membesarkan dan mendidik!Adoyaii
Laki itu jahat!!
Ayah dan ibu dah kenal selama 29tahun tapi disebabkan baru mengenali laki jahat tuh setahun jagung dah tinggalkan segala2nya. WTF?!!
Aku menulis bukan kerna nama.. Menulis untuk memberitahu kejahilan dan kesilapan bodoh yang telah dilakukan dimana kelak akan menghancurkan hidupmu. Buka la matamu dan tenang kanlah jiwamu. Andai engkau bersujud kepada Nya meminta lah agar di tunjukkan jalan yang benar. Jangan engkau buta atas cinta palsu semata kerna tujuannya hanya menglaknatkan hidupmu untuk sementara..........
"Laki jahat itu bukan siapa-siapa dan tindakannya menduakan isterinya setelah segala nikmat tercapai untuk APA?! dammit. Baik lah dia pikirkan bagaimana menjaga isterinya yang secantik Aishah dan mendidik anak-anaknya menjadi org berguna."
Laki itu jahat!!

Thursday, July 23, 2009

Hakhak..

Hihihi mlm tadi aku tgk citer Datin Wan Abe. Tiap2 rabu malam kul 10 aku mesti melanguk depan tv selama sejam nk tgk citer datin tuh punyer pasal hehehe. Jasmin Hamid pegang watak datin wannabe nih. Mmg masyuk rr watak tuh. Aku ngan laki aku terkekek-kekek gelak kalo duk tgk citer tuh eheheh. Ceriter dier bagi aku lawak dan lucu sbb yg pertama, org biasa yang berlagak ala2 datin(laki dier kerani jer ngan harta yg ader pon hasil jual harta pusaka isk3..) kedua, cara dier kalo terkejut mmg lawak giler ahahaha dan ketiga penggunaan speaking english dier lucu rrr..eheheh.Nih antara baris2 ayat yg datin wannabe tuh selalu gunakan

"waaatiiii..(nih org gaji dier) saya nak awak jaga shopa(ayat betol SOFA) saya betol2."

"aaaabangggg, betol ker tak? betol ker tak? betol ker tak (walhal laki dier dah kata betol dier tetap nk ulang smpai 3x kehkeh)"

"kak sal! kak sal! (dier panggil jiran sebelah dier kalo ader aper2 yg dier nk shows off, yg pasti jiran dier nih akan menyorok elak dari ternmpak)" kuang3

"Naik ajer kete Mercedes.. Kebanggaan.. Keluarga.. Kita" (time ni anak dier faiz nk beli motor pastu dier tak bagi-kesian budak tuh)

Okei next week tgk lagi yey! \(o.0)/

Tuesday, July 21, 2009

Bukan itu!

Setelah penat lelah berkerja di hari sabtu yg lepas, aku ngan huby bercadang ingin pergi bermandi manda di desa water park. Taman tema tersebut agak tidak jauh dari rumah kami dan semestinya aku la org paling gembira walaupon planning asal pergi ker sunway bersama teman2 hancusssss... sori geng :( Se awal pagi aku bangun dan siapkan sarapan favourite aku iaitu Nasi Lemak. wahhhh huby puji abes nak2 sambal bilis tuh. Aper lagi kembang kuncup la aku hekhek.

Tetiba adik ipar ader problem dan memerlukan sgt2 khidmat huby bawak dier pergi ke puduraya (adeiii pudu?? jauhh tuuu) tuk dier balik ke kuantan. Last2 ader tiket kul 830mlm jer. So kami bertiga pergila berjalan2 ker Jalan TAR. Aku beli 2tudung mcm ekin mawi tuh pakai. chewahh raser cam comel pakai hihihi :D Pergi Sogo then dalam kul 4ptg gerak pi Desa waterpark. Tub2 guard gitau dah tutup waaaaaaa....

Tuk merawat kedukaan aku, huby bawak gak la aku pergi ke FRIM kat kepong. mmm aku malas nk byk komen sbb sesungguhnyer bukan itu tempat idaman ku tuk pergi mandi manda! selepas sesat barat carik jalan tempat mandi tuh yg kununnyer best (bak kata huby aku la pada zaman dier skolah2 dolu) last2 aku bersuara "mcm aper jer nih yang tempat ni????" airnyer layak tuk buat basah2 kaki jer waaaaa...aku menangis lagi :((


Inilah tempatnyer di FRIM


Aper nih yang?? cetek sgt. caner nk manddiiiii waaaa :((


Buat2 epi dan best


dier buat2 mandi


K.A.M.I


End lalalalalala :D

Saturday, July 11, 2009

aku yang melopong

arghhhhhh tidak..tidak..tidak...!!!!!
aper dah jadi nih?
di saat jam melewati angka 11lebih mlm
diriku masih berada di opis..!
hilang aktiviti tuk berpicnic
hilang rancangan menonton wayang transformer
hilang makan beramai2 di rumah ku
hilang semuanyer!!!!
aku sgt sedih dan keciwa ouhhhhhh :((

Monday, July 6, 2009

Server Health Check

Apa itu server health check? mcm manusia kah kena buat medical check up? haa..jgn xtau. Server health check nih punyer list mengalahkan kalo kiter nk pi buat medical check up kat hospital tau. Aku tgh dalam kebingungan yang amat ketara saat nk buat server health check nih. Menghadap komputer smbil kadang2 duk chating, surf tenet, update blog lalalala ;p

Nah nih list2nyer



Aku akui aku agak xsuker akan server, network, hardware bla3.. arghhh ia amat2 memberikan aku tekanan walaupon ini mmg bidangku. Aper yang aku dapat eh kat UteM selama 3tahun setengah?! Adoyaii..

Adakah aku yg kejam??!!

Mungkin xsemua benda kiter boleh dapat sepertimana yang kita gambarkan. Aku pon bukan la sebijak mana untuk menentukan apakah jalan itu betol atau jalan ini yang salah. Begitu juga lah dengan jodoh dan pertemuan. Dalam setiap kedukaan yang aku dapat pasti terselit kebahagiaan yang melenyapkan kesemua perasaan sedih baur tersebut.

Kisahnya begini. Wajarkah aku mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan insan bernama ayah? Aku tidak meminta sejak dilahirkan untuk kehilangan kasih sayang seorg ayah dan ibu tp itulah hakikatnya bila saat muda remaja disalah ertikan, diabaikan sikap tanggungjawab dan hilangnya rasa hormat kepada yang tua. Disinilah bermulanya kehidupan aku yang kini 24tahun telah mengajarku erti dewasa, persahabatan dan pengakhirannya dengan percintaan (ya..cinta sejati! thanx huby ;p). Tanggal 30june 2009 pukul 10.54mlm, aku menerima mesej pesanan ringkas dari mama(merangkap makcik aku) dan bunyinya begini

Asakum.burhan masok wad lelaki kl6ptg tadi hosp pekan.

...?!

Bagaimana harus aku bereaksi?sedih?menangis?atau hanya mendiamkan diri? aper yang terlintas di fikiranku hanyalah perasaan kesian semata2. Sukarnyer bagiku tuk menitiskan air mata demi sebuah keluarga yang bukan hak aku sekian lamanyer. Tp demi untuk mengelakkan suara2 yang lebih suka menyumbang ke arah prasangka negatif, maka aku mengambil keputusan tuk pulang ke kampung. Sabtu pagi pukul 9 sudah gerak menuju destinasi walaupon ketika itu hatiku berat tuk menyatakan 'aku ingin pulang ke kampung!'
aishhh...aper yang aku pikirkan ni. Jahat kah aku biler hati berkata tidak tapi fizikal mengerakkan demi keterpaksaan. Sesampai di sana, aku kaku dalam memulakan bicara dan hanya mampu melihat dari jarak yang agak jauh. Aper yang harus aku katakan? aper kah cara seorang anak menegur ayahnyer? bagaimana tuk aku bertindak dalam melihat situasinya? sehinggakan tanganku terketar tuk bersalaman dan mengatakan 'aboh..' mcm tergeliat jer lidah aku nk menyebut hmm..
Ada org katakan aku degil, keras hati, tegas. Tapi tahukan setiap perkara jua keputusan yang bakal aku pilih adalah semua di dalam tanggungjawabku? aku berdiri dgn kaki sendiri. Setiap jalan yang aku pilih adalah atas kehendakku dan tiada org lain berhak mencampuri urusan ku. Jika hitam jalanku maka binasalah aku. Jika putih jalanku maka terangla masa depanku. Syukur dgn bimbinganNya memberikan aku petunjuk dalam menentukan arah tuju kehidupanku.


Entry ku kali ni agak berat tuk kalian pikirkan. Tapi sejujurnya aku buntu dalam menentukan kemana harus ku nyatakan siapa diriku dan siapakah keluargaku. Bila agaknyer saat dapat melihat zuriat penyambung warisan keluargaku hanya untuk keturunan semata2. Jujurkah atau kejamkah aku?? adess jiwang lagi..

Thursday, July 2, 2009

Something to share


Something like love
I feel something like love
It's cold
Only it's colder than it's supposed to be
I fell something like pain
It's deep
Only it's deeper than it's suppose to be
Fighthing, always fighthing, i need to be rest in peace, i need to stop and think
Sometimes i can't feel anything, is there something wrong with me?
Always something like dissapointment
Always something like starting over
Will you never be here
Will i never have you
Will it ever like it's supposed to be
Something like love
~~~~~~~~
Me?Jiwang?i dunt know?Perhaps!

Thursday, June 25, 2009

Yippiiiiiii!!!

YEY!!!!!
Yey lega dah present walaupon cara aku present dgn hanya membaca ayat2 di skreen hakhak. Rasa bangga dan amattt selesa. Lepas nih bolehla aku berjoli dgn duit gaji. Wahhh xsabarnyer! mm yg penting aku nk tgk citer Transformer la. Then nk saving sikit tuk pergi Sunway Lagoon ngan tuk buat House Warming. Tunggu ye kawan2. Tungggguuuuuuu.......
Boleh tido lena zzzzzz.....

Monday, June 22, 2009

PhotoShoot


Kali nih fathi ajak bergambor kat taman gelora ngan jeti tanjung lumpur. Mmg ader byk aksi berani mati yg telah kami buat tuk sesi bergambar nih. Ape yang mengembirakan sebelum bermulanya sesi tersebut di jeti, kami singgah makan2 kopok sagu ngan sata kat gerai berdekatan jeti. Wahhh jgn tak percaya pengantin dtg makan gerai nih hakhak. Alhamdullilah tokei gerai belanja kami makan. Kenyang beb! Okei nih antara gamba belakang tabir. Maap ler xsempat amik gamba kat cameraman lagi hekhek. Next time hokkehh!!! Cheeersss!

Eh jgn silap. Tuh bukan org pengsan kekeke ;p

Pasir2 halus itu merosakkan bajuku! nih dekat taman gelora

Nih kat jeti tanjung lumpur. Muker dah berseri lepas makan hahahah

Papan jeti tuh mmg senget. Mmg kena byk2 berdoa la adehh

Saksikan keadaan landasan jeti yg senget bengek nih


Kahwin Lari???

Adesss aku xboleh luper lak pengalaman berkahwin pada majlis sambut menantu harituh. Mmg aku pening+geram+bengang+sakit hati+mcm2 lagi perasaan la. huhuuh. Kali ni ak xamik cuti sgt la sbb lagipon bukan majlis aku hekhek. Then kitaorg gerak Jumaat 19hb june 2009 dalam pukul 2.00ptg lepas dah amik kakak ipar ngan babynyer kat gombak.

Aksi2 lana tengah bawak kereta. woo bahaya budak ini!

Kul 5.00ptg smpai ke destinasi tempat majlis diadakan. Dtg2 terus huby aku dipaksa buat keje dan aku lak terpaksa la membantu cesss. Tugas aku cam ringan2 jela. Membantu potong jering ngan halia. Semua org terkejut tgk pengantin buat kerja. Aku pon sengih jela eheheheh.

Mlm tuh ader kenduri tahlil. Aku bantai makan smpai kenyang. Sedappp betol lauk org lepeh (lipis) nih. Mmg pior masakan pahang la. Pas dah kenyang dalam pukul 11lbih mlm baru balik ke rumah mentua. Lega betol dah smpai umah.

Pagi 20june 2009 tuh, huby ak kul 9pagi dah kua pi menolong lagi. Aku mcm tercengang2 nih sbbnyer biler ak nk pi makeup. Pastu kul 10.30pagi huby inform dier still tgh masak gulai lam kawah adoyaii biler aku ngan dier nk bersiap2 nih. dah la makeup nnt berjam2.

Jam dah masuk kul 11.00pagi tp aku xsiap aper2 pon lagi. Aku jadi makin gelabah. Sebab cadangannyer berarak pukul 1ptg. Sempat ker??? Pastuh kakak ipar(kak long) hantarkan aku ke tempat makeup(Estee lauder parkson Megamall kuantan). Biler smpai jer org estee tuh inform kena beli barangan above rm200 then baru leh set appointment tuk makeup. Makkk aiii nih dah pukul 11lebih nih. Saya nak kawin nih!!!!(aku menjerit lam hati jela huhuhu).

Aku, kaklong ngan liza masing2 mcm blur dan tergamam xtahu nk buat benda. Then tetiba kaklong kata "N, biar la kaklong jer makeup. Jom kiter pergi cari bulu mata palsu". Dalam hati hanya tuhan jerla tahu. Pastu aper lagi kiatorg cepat2 pergi beli bulu mata tuh then terus pecut balik. Time smpai umah tuh jam dah pukul 12 lebih. Confirm xleh berarak kul 1!

Dier tgh pecut tuh. Takot gue :(

Makeup punyer makeup then tub2 jam dah pukul 1.40ptg. Time tuh byk sgt org call tanyer dah siap ker belum. Aku makin cuak! pastu aku stop makeup then siap2 pakai baju semua. Time tuh huby dah siap then dier pecut kete laju2 bawak aku pergi umah mak ndak aku kat area2 tempat majlis tuh. Makeup aku nk cair dah sbb kepanasan dan kebengangan tahap melampui adehh..

Masih tersenyum walaupon tgh cuak!

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan majlis pon bersurai dgn damai walaupon terdapat byk rungutan mengatakan "kenapa pengantin dtg lewat nih" aahahhaha. Aisey plan xjadik seperti yang dirancang. So byk la perkara yg tak diingini telah berlaku. Mintak maaf ler pada semua yang menunggu agak lama hekhek.



~~~~End of story~~~