Tuesday, September 8, 2009

Apa yang kau mengidamkan selama ini

Permulaanya aku nak beritahu la, ini bukan lah petanda ker aper2 berkaitan ngan mengidam dalam kehidupan seorang isteri yang hamil. Idam yang aku maksudkan adalah idam atau idaman atau idam-idamkan. Ada paham?


Profession atau kerjaya

Dulu masa umur 8tahun, aku ni mengidam atau bahasa lembut impikan untuk menjadi seorang ustazah. mungkin zaman itu aku budak hingusan sgt2 dan aku suka benar pergi mengaji. bandingkan dengan cikgu aku lagi suka untuk jadi ustazah la. Asal saper2 yang tanya 'besar nanti mei nak jadi aper?' dengan bersungguhnya aku akan jawab 'ustazah!'. Walaupun ketika itu aku xtahu profession dan tanggungjawab sebenar menjadi seorang tenaga pengajar.

Dah besar sikit masuk sekolah menengah, aku idamkan pula jadi doktor. Standard la doktor pakar bedah biasanya. Tak nak la doktor gigi. Asyik kena tampal gigi jer tuh yang xberminat jadi doktor gigi. sakit tuh kena tampal kalo gigi berlubang. Belajar punya belajar akhirnya dapat jugak sains stream. Bangga sebab sumer org akan pandang tinggi la kat budak sains ngan cikgu pon sayang (padahal bio selalu jer fail).

Lepas abis SPM, beralih pula pada pakar bedah forensik. Masa tu aku start suka bila jadik budak lagi pandai sikit sebab dapat masuk matrix. Subhanallah..payah jugak belajar kat matrix ni. Bayangkan, proses pembelajaran yang memerlukan masa 2tahun untuk khatamkan dipendek-pendekkan dan dimampat-mampatkan hingga jadik setahun. Tak ke gila dibuatnya. Tapi zaman matrix mmg agak bosan sebab duduk asrama ngan jauh terpencil kat dalam hutan rimba mambang tuh (ala kat gambang pahang tu). Aku nyer rumate pon budak nerd ngan byk budak pakai tudung labuh. Alahai baik la pulak.

Tapi profession idaman untuk menjadi pakar bedah forensik tidak kesampaian akibat aku dicampakkan ke KUTKM(yang sekarang dikenali UTEM). Ada yang ingatkan aku dapat UTM la UITM la KUTPM la. Ada pulak yang ingatkan sebutan KUTKM tu KUTEKEM atau KUKTEM. Memang cobaan dan haru-biru dibuatnya. Masuk jer UTEM, kerjaya idaman sudah bertukar kepada pegawai IT. Atau lebih kepada apa-apa kerjaya di bidang IT. Permulaan memang xboleh terima tapi zaman telah menuntut lebih banyak kerjaya dan tenaga pengajar di dalam bidang IT. Alhamdullilah...

Cinta atau Kahwin atau Perkahwinan atau Percintaan

Panjang benor tajuknye tapi kesimpulannya idam kepada cerita ke arah cinta dan kahwin. Di mana ye nak start. Salah tulis kang merajuk pula. Okei la blog aku cerita aku. Yang penting sekarang sudah happy. Cuma entry ni berkaitan idaman saja. Jangan salah anggap yer.
Arif! itu la cinta monyet pertama aku di dalam hidup. Atau nama sebenar Tengku Arif. Darah anak raja agaknye. Orangnya hensem(paham2 la time kecik2 makna ensem tuh mcm mane), sopan(kira xnakal la), bijak(pandai bahasa melayu! melayu sungguh!) dan memiliki sepasang mata yang sangat cantik. Anak mata hitam dan besar serta bulu mata yang lentik. Oh ya, dia juga ada bibir yang merah sentiasa. Opss terlebih sudah!

Cinta tidak kesampaian untuk bercinta dengan anak tengku sebab masuk jer darjah 6, arif bertukar ke sekolah lain. Sedih jugak la. Kemudiaannya, berpindah ke sek men perempuan jalan ipoh kl (ipoh mali versi kl). Dah nama pun sekolah perempuan so maafla yer tiada sesaper yang diidamkan di sekolah tersebut. Sila faham. Girl hanya boleh bercinta ngan boy. Girl Girl uewww..

Time sekolah, walaupun sekolah perempuan tapi jiwa aku tetap mahukan lelaki dan aku idam kan untuk mendapat seorang kekasih yang hip-hop. Apakah! Mungkin zaman tu zaman remaja hip-hop dan aku suka layan lagu-lagu too phat, KRU. Aku macam suka la tgk budak-budak lelaki yang pakai gaya ala-ala hip hop. Sweet sangat. Aku hampir berjaya eh silap, budak hip hop itu hampir berjaya memiliki aku tapi malangnya perbezaan jarak yg jauh dan umurnya yg jauh lebih tua dari aku maka musnahla idaman untuk bersama kekasih hip hop.

Disebabkan zaman matrix terdapat pelbagai kisah yang xsepatutnya dapat dikogsikan di dalam blog ni, maka beralih pula zaman UNI k. Aku pun sudah matang sikit dan dah tahu la serba sedikit bagaimana manusia yang layak digelar kekasih dan suami. chewahh ayat xboleh bla. Masa ini, aku idam kan untuk mendapat seorang jejaka (bukan lagi boy atau hip hop). Seseorang yang boleh menerima aku seadanya. Aku rasa mungkin korang patut dengar lagu dendangan

dewa- tak kan ada cinta yang lain

No comments: