Kejadian lupa yang pertama
...............
Suatu hari Siti terjaga. Sambil terpisat-pisat bangun, Siti terus mencapai seterika. Aktiviti gosok baju masih lagi seperti biasa. Kemudian, Siti bergegas ke bilik air dan seterusnya bersiap dengan gayanya. Nama pun pompuan so ambil masa la seketika untuk bersiap-siap tu. Suami siti sesudah subuh lagi sudah bersiap (ayat perli agaknya). Pantas macam kilat. Dicapainya remote control menonton apa yang ada sementara menunggu isteri tersayang ini. Dalam keheningan pagi, tiba-tiba suami Siti bersuara
"mm..saya ada interview arini. Siti sudah luper ke?" Siti terkesima.
Apabila diimbas kembali, malam sebelumnya suami Siti ada memesan untuk digosokkan baju yang smart sedikit. Rupa-rupanya Siti tersalah gosok baju yang tidak sepatutnya. Patutla kelihatan muka suami Siti agak kelat seperti kelatnya buah mangga yang masam. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.15pagi. Siti berkira-kira dengan waktu disebabkan pertama, interview suaminya pada pukul 9.30pagi. Perjalanan pula memerlukan lebih kurang 1 jam 15 minit dimana perjalanan dari rumah-ofis Siti-ke tempat interview suami. Arghh sempat ke?! Sebab kedua pula, Siti masih belum mengenakan tudung dikepala.
"err..saya tak siap lagi. Awak gosok la sendiri ya?" Sambil tersengih-sengih macam kerang busuk
Suami Siti hanya mengelenggkan kepala sambil mencapai baju smart yang dikehendaki dan lantas mengosok ala kadar. Kesian sungguh samad itu. Setelah kedua-duanya siap, mereka bergegas berlari dan memandu ke destinasi yang dituju..
...............
Kejadian lupa yang kedua
Sesampai di ofis, sebelum tiba di mejanya sendiri, Siti melencung ke meja rakan sekerjanya sambil mengucapkan salam dan morning. Bila dunia ceria hati pun gumbira lah. Lupa pada segala apa yang muncul sebelumnya. Entah apa yang merasuk dirinya..tidak pasti. Di hidupkan komputer sambil girang menyanyi lagu 'lalalalala'. Puasa ke tidak Siti ni?! Dua jam berlalu...sedang Siti leka melayari beberapa laman web gosip dan blog, Siti terlihat tarikh tertera di blog yang di bacanya 28 Ogos 2009 11.53 Am.
"eh, aku lupa la nak update hours. aiseyy lambat la dapat gaji mcm ni!!"
Hah rupanya Siti lupa mengupdate timewrite. Kesian nasib badang. Cepat-cepat Siti membuka laman web untuk dimasukkan hours yang tercicir tu.
Username:wrqt6q
Password:********
Domain:apac
Submit!
Error: The supplied credentials were invalid. Please try again or contact your system administrator for help.
Dalam hati Siti sudah menyumpah-nyumpah. Puas di cuba berkali-kali tetapi masih lagi terdapat error. Habis rakan sekerjanya di maki hamun. Setelah cubaan keseratus
Username:wrqt6q (haikkk...wrq=huruf plat kete laki aku ni!)
Password:********
Domain:apac
Halahh patutlah Siti dapat error jer memanjang, di masukkan pula huruf plat kereta suaminya. Siti..Siti.. Akhirnya Siti mendapat jawapan dan berjaya memasuki laman web dan seterusnya mengupdate apa yang patut.
...............
Kejadian lupa yang ketiga
Haa lain tahun yer bersambung. Tata
2 comments:
siti tu mcm ko je..
ahahhaa teka2 sila berteka2 ;p
Post a Comment