Thursday, November 26, 2009
Wednesday, November 11, 2009
Ada Gajah mengamuk kat Melaka!!!!!
Mana nak start? mana nak start? banyak benda nak di hupdate ngan banyak benda nak dicerite ni. Baik la salah aku dah lama xhupdate. Hati sudah merajuk jiwa tak keruan maka jari jemari pun malas nak ambil tahu apa yang dah berlaku kat blog ni. Minggu apa eh nak bagitau. Pengakhiran bulan Oktober dan seminggu pertama di bulan November banyak memberi aku kekecewaan dan kegembiraan. Permulaan episod aku berasa amat di landa gundah gulana, tido xmenentu, keje yang banyak, konflik demi konflik arghhh aku bosan! Rasa seperti nak hantuk kepala ke dinding dan menendang muka tedy bear. Sabar..sabar... Aku kena bersabar.
Mengimbau kenangan lama lagi, rasanya dah lama xkarok dengan kengkawan. Kalau dulu masa terbaik untuk karok, habis exam dengan pakai baju kurung reramai masuk karaoke jamban. Semua orang pandang macam 'eh bebudak ni salah masuk tempat ker..ini bukan majlis kenduri selamat'. eheheh kami memang havoc. Apa salahnya setelah berhempas pulas baca buku sehari sebelum exam, meghafal dan menghafal then setelah abes exam menghilangkan beban di dada dan minda. Tak salahkan. Come on come on. Kata dunia dah maju. Lepas tu bila dah bekerja, karok pula ngan member. Sakan sampai dia bawak aku berjoget atas kerusi. Cik hajar, ko memang yang terbaik :P Then baru baru ni, pergi bersama Z and C. Pasangan yang pernah menyumbang suara dan main gitar di majlisku. Sweet. Aku betul2 kalah la dengan korang. Z, aku raser ko layak masuk OIAM la. Nnt aku vote ko k.
Ah ha, last week minggu keemasan, planning yang jadi x jadi tetiba menjadi. Maklumla aku tau aku sorang kontraktor maka wajib sedar gaji selalu masuk lewat. Sekali gaji masuk jumaat da. Apa lagi kemas2 brg and merempit la ker melaka. Ya, tempat yang penuh dengan kenangan. Melaka, Here i come!...


Terasa ibarat macam baru terbang dari langit ke tujuh. Selamat sampai melaka dan pusing sampai la macam tak nak balik. Pernah dengar lagu ini?
'Dari melaka ke negeri pahang
Singgah sebentar beli berangan ewahh!!'
