Monday, September 14, 2009

Mari kita Bernyanyi!

Sesekali dengar lagu omputih ni mmg mengasyikkan. Bak kata org layannnn. Nak2 lagu yg radio hotfm selalu putar2 tiga pat kali sehari. Sampaikan semua baris ayat lagu tuh dah boleh khatam la. Silap-silap boleh buat album sendiri. Ada sekali tu, sedang enak melayan lagu tetiba aku macam terpikir, apa kata aku alih bahasa kan lagu-lagu omputih dan nyanyikan di dalam bahasa melayu. Sambil bernyanyi sambil menambah ilmu. eh ya ka? Mari2 kita nyanyi bersama2.

Sean Kingston - Fire Burning(versi asal)

Somebody call 911!
Shawty fire burning on the dance floor, whoa(Fire burning, fire burning)
What a gwaan!
Kingston, let’s go, hey!RedOne, hey, hey

Shawty got that super thing
Hotter than the sun in the south in Spain
Got me soon as I walked through the door

My pocket started tickling
The way she drop it low, that thang
Got me wan’ spend my money on her, her

She get it, pop it, lock it, drop it, that birthday cake
Got a candle, need to blow that crazy flame away
Now take my red, black card and my jewelry
Shawty is cool like the fire, cool like fire

....................................................................................................

Sean Kingston - Fire Burning(versi alih bahasa)

Seseorang hubungi 911,
Shawty api terbakar atas lantai tari, whoa
(api terbakar, api terbakar)
apa gwaan!kingston, jom, hey!Yang merah, hey, hey


shawty ada benda sangat bagus
lebih panas dari matahari di spain selatan

menghangatkan aku pabila berjalan melalui pintu

poketku mula mengelitik
cara dia jatuh begitu rendah, begitu

membuatku mahu belanjakan duit dekat dia

dia dapat, letuskan, kuncikan, jatuhkan, kek besday itu,
ada lilin, perlu untuk tiup api lilin pergi macam gila

sekarang ambil merahku, kad hitam dan permataku
shawty tenang macam api, tenang macam api

....................................................................................................

Christina Aguilera - Genie in the bottle(versi asal)

I feel like
I've been locked up tight
for a century of lonely nights
Waiting for someone
to release me
You're lickin' your lips
and blowing kisses my way
But that don't mean
I'm gonna give it away
Baby baby baby (baby baby baby...)
Ooohhh, 'my body's sayin' lets go'
Ooohhh, 'but my heart is sayin' no'

If you wanna be with me
Baby there's a price to pay
I'm a genie in a bottle
You gotta rub me the right way
If you wanna be with me
I can make your wish come true!!
You gotta make a big impression
gotta like what you do!!!!!!!!!!!!!

....................................................................................................

Christina Aguilera - Genie in the bottle(versi alih bahasa)

Ku rasa macam
Aku sudah terkunci rapat
Selama berkurun di malam yang sunyi
Menunggu seseorang
Untuk melepaskanku
Kau menjilat bibir
dan meniup ciumanku pergi
tapi itu bukan maknanya
aku akan membiarkan ia pergi
Bayi bayi bayi (bayi bayi bayi...)
Ooohhh, Badanku berkata mari
Ooohhh, tetapi hatiku berkata tidak

Jika kau ingin bersama ku
Bayi disitu ada harga yang perlu dibayar
Aku adalah jin dalam botol
Kau perlu untuk gosok aku dengan cara yg betul
Jika kau ingin bersama ku
Aku boleh buat hajat kau tercapai
Kau pasti boleh buat pengaruh besar
pasti suka apa yg kau buat

Macam sin chan menyanyi pon ada gak. Macam tunggang langgang jer bunyi nyer kan? Maaf la pengalihan bahasa menggunakan translator sahaja. Harap semua paham ya. Jangan tiru sekiranya terdapat kesalahan bahasa. Hanya anda dapat menentukan. Wow macam mesej hari raya. Adios

Thursday, September 10, 2009

Kejadian atas Kejadian

Buat pertama kali nya Ah Ha!, lebuhraya tol puchong yang saban harinya tidak sesibuk maner telah berjaya menghantui para pemakainya apabila berjaya membuat kami (yang berkerja sekitar cyberjaya dan putrajaya) sesak macam nak pergi menonton konsert Micheal Jackson live in Puchong.!!! warghh sangat tensen dan terrible. Tak per, kejap lagi anda semua bakal saksikan apakah kejadian atas kejadian yang aku maksudkan.

1) Lihat buktinya dahulu. Tak main la tipu2 ni. Mmg sangat sesak sehingga perjalanan yg hanya mengambil masa 15minit telah bertukar jadi 150minit!

Sebelum menghampiri tol ( 090909 8.30 Am)



Semasa menghampiri tol (090909 8.45 Am)



Selepas melepasi tol (090909 8.50 Am)


Masa ini, terperangkap yang amat sangat. Jauh lagi tuh nak menyampai ke ofis. Bergerak pon hanya beraper meter jer dari tol tu tapi jem yang kat depan xlepas2 lagi



2) 090909 9.18 Am. Tersangat la tensen dan beralih pula pada aktiviti yang lain. Jem di situ macam dah xgerak2 dah. Okei kami berdua buat2 xnampak dengan jem tersebut dan bernyanyi2 lagu hari raya kuat2
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Lagu dendangan Anuar Zain - Suasana Hari Raya
3) 090909 9.30 Am. Dah penat nyanyi, masa untuk mengetip kuku pula. Abis suma kuku kaki tangan ketip smpai kontot. Macam dah tempat spa pun ada gak. Lepas tu sampah2 kuku tersebut dengan selambanya buang ke luar kereta. Pelik jer orang kereta sebelah tgk.

4) Okei mari main S.O.S. eh, betul ker S.O.S? Arghh janji ader 'O'


5) 090909 9.40 Am. Lihat sikit bagaimana rupanya wajah manusia bila di ubah menjadi alien. Agaknyer alien pun tak nak mengaku muka sebegitu malah di kutuk nya pula. Kata anak alien " ader ker patut dier kater tuh muka keturunan kiter, 10juta ensem lagi la kami!" Memang anak alien ini tak sedar diri



6) 090909 9.50 Am. Yang ini lagi satu kejadian pelik yang berlaku. Kalau dah namanya jem, sepatutnya tukang pembawa van Ambulans sila la cari jalan alternatif yang lain. Aku tersangat la kasihan pada mangsa yang berada di dalam van tersebut. Agak lama jugak la van Ambulans tuh nak melepasi kesesakan macam ikan sardin ni. Siren dier tak berhenti2 bunyi tapi apakan daya, nak bagi jalan pun xboleh sebab sumer pon terhimpit2 jer kereta. Hendak jer panggil Superman kasi angkat itu Ambulans la

Tuesday, September 8, 2009

Apa yang kau mengidamkan selama ini

Permulaanya aku nak beritahu la, ini bukan lah petanda ker aper2 berkaitan ngan mengidam dalam kehidupan seorang isteri yang hamil. Idam yang aku maksudkan adalah idam atau idaman atau idam-idamkan. Ada paham?


Profession atau kerjaya

Dulu masa umur 8tahun, aku ni mengidam atau bahasa lembut impikan untuk menjadi seorang ustazah. mungkin zaman itu aku budak hingusan sgt2 dan aku suka benar pergi mengaji. bandingkan dengan cikgu aku lagi suka untuk jadi ustazah la. Asal saper2 yang tanya 'besar nanti mei nak jadi aper?' dengan bersungguhnya aku akan jawab 'ustazah!'. Walaupun ketika itu aku xtahu profession dan tanggungjawab sebenar menjadi seorang tenaga pengajar.

Dah besar sikit masuk sekolah menengah, aku idamkan pula jadi doktor. Standard la doktor pakar bedah biasanya. Tak nak la doktor gigi. Asyik kena tampal gigi jer tuh yang xberminat jadi doktor gigi. sakit tuh kena tampal kalo gigi berlubang. Belajar punya belajar akhirnya dapat jugak sains stream. Bangga sebab sumer org akan pandang tinggi la kat budak sains ngan cikgu pon sayang (padahal bio selalu jer fail).

Lepas abis SPM, beralih pula pada pakar bedah forensik. Masa tu aku start suka bila jadik budak lagi pandai sikit sebab dapat masuk matrix. Subhanallah..payah jugak belajar kat matrix ni. Bayangkan, proses pembelajaran yang memerlukan masa 2tahun untuk khatamkan dipendek-pendekkan dan dimampat-mampatkan hingga jadik setahun. Tak ke gila dibuatnya. Tapi zaman matrix mmg agak bosan sebab duduk asrama ngan jauh terpencil kat dalam hutan rimba mambang tuh (ala kat gambang pahang tu). Aku nyer rumate pon budak nerd ngan byk budak pakai tudung labuh. Alahai baik la pulak.

Tapi profession idaman untuk menjadi pakar bedah forensik tidak kesampaian akibat aku dicampakkan ke KUTKM(yang sekarang dikenali UTEM). Ada yang ingatkan aku dapat UTM la UITM la KUTPM la. Ada pulak yang ingatkan sebutan KUTKM tu KUTEKEM atau KUKTEM. Memang cobaan dan haru-biru dibuatnya. Masuk jer UTEM, kerjaya idaman sudah bertukar kepada pegawai IT. Atau lebih kepada apa-apa kerjaya di bidang IT. Permulaan memang xboleh terima tapi zaman telah menuntut lebih banyak kerjaya dan tenaga pengajar di dalam bidang IT. Alhamdullilah...

Cinta atau Kahwin atau Perkahwinan atau Percintaan

Panjang benor tajuknye tapi kesimpulannya idam kepada cerita ke arah cinta dan kahwin. Di mana ye nak start. Salah tulis kang merajuk pula. Okei la blog aku cerita aku. Yang penting sekarang sudah happy. Cuma entry ni berkaitan idaman saja. Jangan salah anggap yer.
Arif! itu la cinta monyet pertama aku di dalam hidup. Atau nama sebenar Tengku Arif. Darah anak raja agaknye. Orangnya hensem(paham2 la time kecik2 makna ensem tuh mcm mane), sopan(kira xnakal la), bijak(pandai bahasa melayu! melayu sungguh!) dan memiliki sepasang mata yang sangat cantik. Anak mata hitam dan besar serta bulu mata yang lentik. Oh ya, dia juga ada bibir yang merah sentiasa. Opss terlebih sudah!

Cinta tidak kesampaian untuk bercinta dengan anak tengku sebab masuk jer darjah 6, arif bertukar ke sekolah lain. Sedih jugak la. Kemudiaannya, berpindah ke sek men perempuan jalan ipoh kl (ipoh mali versi kl). Dah nama pun sekolah perempuan so maafla yer tiada sesaper yang diidamkan di sekolah tersebut. Sila faham. Girl hanya boleh bercinta ngan boy. Girl Girl uewww..

Time sekolah, walaupun sekolah perempuan tapi jiwa aku tetap mahukan lelaki dan aku idam kan untuk mendapat seorang kekasih yang hip-hop. Apakah! Mungkin zaman tu zaman remaja hip-hop dan aku suka layan lagu-lagu too phat, KRU. Aku macam suka la tgk budak-budak lelaki yang pakai gaya ala-ala hip hop. Sweet sangat. Aku hampir berjaya eh silap, budak hip hop itu hampir berjaya memiliki aku tapi malangnya perbezaan jarak yg jauh dan umurnya yg jauh lebih tua dari aku maka musnahla idaman untuk bersama kekasih hip hop.

Disebabkan zaman matrix terdapat pelbagai kisah yang xsepatutnya dapat dikogsikan di dalam blog ni, maka beralih pula zaman UNI k. Aku pun sudah matang sikit dan dah tahu la serba sedikit bagaimana manusia yang layak digelar kekasih dan suami. chewahh ayat xboleh bla. Masa ini, aku idam kan untuk mendapat seorang jejaka (bukan lagi boy atau hip hop). Seseorang yang boleh menerima aku seadanya. Aku rasa mungkin korang patut dengar lagu dendangan

dewa- tak kan ada cinta yang lain

Thursday, September 3, 2009

Bila Ingatan sudah lupa

Kejadian lupa yang pertama


...............

Suatu hari Siti terjaga. Sambil terpisat-pisat bangun, Siti terus mencapai seterika. Aktiviti gosok baju masih lagi seperti biasa. Kemudian, Siti bergegas ke bilik air dan seterusnya bersiap dengan gayanya. Nama pun pompuan so ambil masa la seketika untuk bersiap-siap tu. Suami siti sesudah subuh lagi sudah bersiap (ayat perli agaknya). Pantas macam kilat. Dicapainya remote control menonton apa yang ada sementara menunggu isteri tersayang ini. Dalam keheningan pagi, tiba-tiba suami Siti bersuara

"mm..saya ada interview arini. Siti sudah luper ke?" Siti terkesima.

Apabila diimbas kembali, malam sebelumnya suami Siti ada memesan untuk digosokkan baju yang smart sedikit. Rupa-rupanya Siti tersalah gosok baju yang tidak sepatutnya. Patutla kelihatan muka suami Siti agak kelat seperti kelatnya buah mangga yang masam. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.15pagi. Siti berkira-kira dengan waktu disebabkan pertama, interview suaminya pada pukul 9.30pagi. Perjalanan pula memerlukan lebih kurang 1 jam 15 minit dimana perjalanan dari rumah-ofis Siti-ke tempat interview suami. Arghh sempat ke?! Sebab kedua pula, Siti masih belum mengenakan tudung dikepala.

"err..saya tak siap lagi. Awak gosok la sendiri ya?" Sambil tersengih-sengih macam kerang busuk

Suami Siti hanya mengelenggkan kepala sambil mencapai baju smart yang dikehendaki dan lantas mengosok ala kadar. Kesian sungguh samad itu. Setelah kedua-duanya siap, mereka bergegas berlari dan memandu ke destinasi yang dituju..

...............

Kejadian lupa yang kedua

Sesampai di ofis, sebelum tiba di mejanya sendiri, Siti melencung ke meja rakan sekerjanya sambil mengucapkan salam dan morning. Bila dunia ceria hati pun gumbira lah. Lupa pada segala apa yang muncul sebelumnya. Entah apa yang merasuk dirinya..tidak pasti. Di hidupkan komputer sambil girang menyanyi lagu 'lalalalala'. Puasa ke tidak Siti ni?! Dua jam berlalu...sedang Siti leka melayari beberapa laman web gosip dan blog, Siti terlihat tarikh tertera di blog yang di bacanya 28 Ogos 2009 11.53 Am.

"eh, aku lupa la nak update hours. aiseyy lambat la dapat gaji mcm ni!!"

Hah rupanya Siti lupa mengupdate timewrite. Kesian nasib badang. Cepat-cepat Siti membuka laman web untuk dimasukkan hours yang tercicir tu.

Username:wrqt6q
Password:********
Domain:apac

Submit!

Error: The supplied credentials were invalid. Please try again or contact your system administrator for help.

Dalam hati Siti sudah menyumpah-nyumpah. Puas di cuba berkali-kali tetapi masih lagi terdapat error. Habis rakan sekerjanya di maki hamun. Setelah cubaan keseratus

Username:wrqt6q (haikkk...wrq=huruf plat kete laki aku ni!)
Password:********
Domain:apac


Halahh patutlah Siti dapat error jer memanjang, di masukkan pula huruf plat kereta suaminya. Siti..Siti.. Akhirnya Siti mendapat jawapan dan berjaya memasuki laman web dan seterusnya mengupdate apa yang patut.

...............

Kejadian lupa yang ketiga

Haa lain tahun yer bersambung. Tata

Tuesday, September 1, 2009

Persediaan rapi

Lagi dua minggu lebih untuk memasuki ambang detik bulan Syawal. Almaklumlah, cuti raya sudah di approvekan. Gembira hati! Tahun ini agak lamer berayer. Banyak rumah dan banyak duit raya perlu di sediakan T.T. Tapi as long dapat menyambut syawal bersama keluarga sudah memadai.

Banyak juga perubahan drastik berlaku pada tahun ini dan bermacam-macam jugalah kerenah dan perangai manusia yang aku telah depani. Ada yang memeningkan, ada yang mengembirakan, ada yang meyedihkan, ada juga yang aku tak tahu untuk di masukkan dalam kategori aper. Ragam manusia.

Perubahan status juga memberi seribu makna kepada aku. Di mana berlaku pertembungan dua keluarga yang amatla berbeza cara hidup dan gaya. Yang ini susah untuk di selaraskan tapi aku la yang perlu menjadi orang tengah meyatukan dan menyamaikan perbezaan hidup ni. Mungkin setahun, sepuluh tahun atau bertahun-tahun? Entah la, hanya mampu melihat dan mengira.

Pada tahun ini jugalah berlaku perubahan demi perubahan bagi kehidupan berkerjaya aku. Rezeki atau dugaan agaknya. Komplikasi yang berlaku pada tempat kerja sebelum ini, memberi peluang untuk aku mendapat yang lebih baik. Biarpun puncanya hanyalah disebabkan CUTI (juga masalah dengan pengurus yang tidak pandai mengurus), tapi itulah penyebab dan asbab utama mereka kehilangan pekerja berkaliber seperti aku. Yeke?!

Begitu juga Syawal tahun ini memberi satu perubahan kepadaku dimana aku memerlukan banyak perhatian dan pemerhatian terhadap keluargaku dan mentua. Agak berbelah bagi dimana mahu beraya tapi kata sepakat sudah tercapai. Senang bukan.

Mesej untuk semua: Selamat Berpuasa