Thursday, July 30, 2009

One To One Session

Pagi rabu seperti hari-hari yang lain aku macam biasala tak der keje ape-ape yang perlu dibuat. Jadualnyer, datang keje kul 930 pagi, duduk depan pc, bukak email, bukak lagu, chating2 sikit, bukak blog, lunch, chating2, tgk2 blog pastu kul 6petang balik. Berulang berulang dan berulang sampai la peti mail shell aku dapat inbox untuk buat assessment bagi membuangkan masa yang berlebih2 ni.
Petangnya, aku berpindah ke cubicle yang lain. Cubicle yang lamer tuh aku duduk sengsorang bersebelahan ngan howzat shima(nak kata omputih, muka melayu pakai tudung). Agak membosankan sebab pompuan tuh jarang ader kat tempat dier. Last2 aku merungut kat buddy aku suruh dicampakkan aku ke tempat berhampiran ngan team member aku. Baru mudah nak berkomunikasi ngan buat keje.
Aku pon mulakan dengan sesi amik gambar tuk access card yang bakal digunakan di Prima 9(pindah lagi..!?). Bakal berpindah dijadualkan bulan september nanti. Tepat jam 2.45ptg, aku di panggil untuk 1-2-1 session bersama buddy aku. Aku peserta kedua. Kawan aku yang memula dipanggil, session dier ambil masa setengah jam. Aku masuk ke bilik kecil di mana hanya ada aku dan buddy aku.
Brok Brek Brok Brek Bla Bla Bla Ping Pong Peng ..... Tub2 dah pukul 4lebih. Adeii nak dekat 2jam tuh masuk tuk session. Macam aku betol2 staff bermasalah lak. Biler aku tanyer kawan aku yang kena gak, dier kata samer jer aper yang buddy aku ceriter kan. Mayber dier sengaja cakap pjg lebor nak amik kesempatan berdua di dalam bilik huishh hampehh grrr..
Ceriter hari ini
Pagi-pagi macam biasa. Ader assessment yang aku dah siap terus aku submit walaupon dateline esok petang(mahu tunjuk pekerja proactive da eheheh). Pukul 11lebih huby mesej mahu ikut dier pergi PJ ker tak. Disebabkan tiada aper yang perlu aku buat maka aku pon bersetuju. Baru nak melangkah keluar tetiba dier mesej
Dia : n, lagi 10minit k
Aku : ala, dah kuar pon. naper? xperla aper2hal gitau k.
Aku pon balik ke tempat asal aku. Tetiba..
Dia : N, jom la gerak skrang.
Aku : (dalam hati dah panassss hukhuk..) Okei
Sesampai di dalam kereta
Aku: Pelik la sekejap nak kuar sekejap xnak kuar. Ader aper2 ker?
Dia: Adeii arini abg macam blur la kejap. Tetiba byk benda plak tadi. Time nak kuar, KJ inform interview kat site sabtu nih. Lepas tuh dorang ajak pergi birthday party kumar. Tuh yg jadi blur.
.............
Aku: ....(aku pon naik blur. Aper yang dier blur sebenarnyer?! aiyakk huby2 sambil geleng2kan kepala
Dan kebiasaannyer kalo lunch, dier yang jadik winner abeskan makanan dulu, hari ini aku lak yang habis dulu. Dier jadik makin blur tgk aku dah abes. Aku pon sengih jela eheheh :))))Sampaikan tempat kereta yang baru dier parking sebelum kitaorg pergi lunch pon dier boleh terlupa.
Last2 aku jadik blur..
Blur..blur...blur...

No comments: