Maaf kalian lambat menghupdate blog. Almaklumlah dunia sekarang dilanda macam2 bala. Tak terkecuali aku yang tetiba demam,selesema dan pening kepala. Pagi ini aku terkejut bila membaca article yang bertajuk "Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1" di dalam akhbar Berita Harian. Bila penyangkit berjangkit ini menghidap salah seorang di dalam anggota keluarga, maka sewajarnya kita harus memperketatkan penjagaan kesihatan dan pemakanan. Dunia memang sudah terancam.
Minggu yang lepas, aku pulang ke kampung untuk menemui ayahanda aku yang semakin teruk tulang belakangnya. Sayu hati melihat orang menderita kesakitan. Aku hanya mampu mendoakan agar kesihatannya bertambah baik dan memberikan sedikit sebanyak sokongan moral. Sepanjang aku melewati tempat-tempat terbuka di kuantan dan pekan, boleh dikatakan 60% penduduk yang memakai topeng dan selebihnya melenggang kangkung tiada mengamalkan langkah berjaga. Abang bakar sate pon pakai tau!
Atas nasihat huby dan juga maklang, aku diarahkan memakai topeng untuk mengelakkan wabak tersebut menyerang kerana dikhuatiri batuk boleh mempercepatkan penularan wabak tersebut. Walaupon berada di dalam kereta, topeng muka tetap dipakai. Memang wabak ini mudah menular ditambah kualiti persekitaran udara yang semakin terancam. Maka beringat-ingatlah tatkala diri masih sihat dan bernafas. Utamakan langkah-langkah penjagaan kesihatan dan tidak lupa mengurangkan aktiviti di tempat-tempat awam.
Mesej untuk semua : Cegah H1N1
No comments:
Post a Comment