Wednesday, November 11, 2009

Ada Gajah mengamuk kat Melaka!!!!!

Mana nak start? mana nak start? banyak benda nak di hupdate ngan banyak benda nak dicerite ni. Baik la salah aku dah lama xhupdate. Hati sudah merajuk jiwa tak keruan maka jari jemari pun malas nak ambil tahu apa yang dah berlaku kat blog ni. Minggu apa eh nak bagitau. Pengakhiran bulan Oktober dan seminggu pertama di bulan November banyak memberi aku kekecewaan dan kegembiraan. Permulaan episod aku berasa amat di landa gundah gulana, tido xmenentu, keje yang banyak, konflik demi konflik arghhh aku bosan! Rasa seperti nak hantuk kepala ke dinding dan menendang muka tedy bear. Sabar..sabar... Aku kena bersabar.

Okei mari kita lupakan saat kesedihan tersebut dan aku akan ceritakan pula hal hal mengembirakan. Opss..jangan la jeles pula. Kita sama sama berkongsi cerita kan. Kau cerita bagai hendak gila apa salahnya aku pula. Baiklah, kamu pernah ada sahabat? sahabat dikala sekolah dahulu berkepit sepanjang masa sampaikan masuk ke toilet bersama sama, lunch bersama sama, tukar baju PJ pon bersama sama, masuk koko pon kelab yang sama, monteng kelas pon sama sama. Pendek kata suma pon sama la. Ibarat belangkas. Tapi bila masa sekolah berakhir dan ada yang belajar ada yang berkerja, perkataan 'sama sama' tidak lagi wujud. Semua dah ader bf dan semua pon buat hal memasing. Tup tup! sms masuk, call masuk, peti surat tertera pula nama kita. Oh, nak kawin... Lega rasa sahabat ingin mengakhiri zaman bujangnya. Panjang aku citer doh. Emo sebernarnyer ni. Ada kisah sebenarnyer pasal sahabat nak kawin ni, lain kali la ye. Lihat la, sejuk mata memandang..


Mengimbau kenangan lama lagi, rasanya dah lama xkarok dengan kengkawan. Kalau dulu masa terbaik untuk karok, habis exam dengan pakai baju kurung reramai masuk karaoke jamban. Semua orang pandang macam 'eh bebudak ni salah masuk tempat ker..ini bukan majlis kenduri selamat'. eheheh kami memang havoc. Apa salahnya setelah berhempas pulas baca buku sehari sebelum exam, meghafal dan menghafal then setelah abes exam menghilangkan beban di dada dan minda. Tak salahkan. Come on come on. Kata dunia dah maju. Lepas tu bila dah bekerja, karok pula ngan member. Sakan sampai dia bawak aku berjoget atas kerusi. Cik hajar, ko memang yang terbaik :P Then baru baru ni, pergi bersama Z and C. Pasangan yang pernah menyumbang suara dan main gitar di majlisku. Sweet. Aku betul2 kalah la dengan korang. Z, aku raser ko layak masuk OIAM la. Nnt aku vote ko k.

Ah ha, last week minggu keemasan, planning yang jadi x jadi tetiba menjadi. Maklumla aku tau aku sorang kontraktor maka wajib sedar gaji selalu masuk lewat. Sekali gaji masuk jumaat da. Apa lagi kemas2 brg and merempit la ker melaka. Ya, tempat yang penuh dengan kenangan. Melaka, Here i come!...



Terasa ibarat macam baru terbang dari langit ke tujuh. Selamat sampai melaka dan pusing sampai la macam tak nak balik. Pernah dengar lagu ini?

'Dari melaka ke negeri pahang
Singgah sebentar beli berangan ewahh!!'

Terakhir benda yang ingin dikongsikan. Setelah jauh merantau dari KL-nogori9-afamosa resort-formosa garden-klebang, singgah pula ke durian tunggal. UteM ku yang gah ni, sudah siap sedia untuk para junior2 masuk dan menimba ilmu ke menara gading. Memang kami yang batch ke4 ni xmerasai seperti skrang UteM di durian tunggal, tapi kami sangat menikmati bila kelas di rumah kedai, selepas abes kelas minum2 lepak2 di mana kedai makan sebelah kelas, then duduk di pangsapuri siap jomheboh betul2 sebelah hostel, naik bus Tuah belakang pangsapuri turun kat JJ, lepas tu pula, dinner di MITC. Aku hepi sebab sumer kemudahan berada berdekatan kami dan mudah untuk pergi lepak. Durian tunggal? mcm Uni gomen yang lain la. terceruk meruk xder aper selain beruk.





4 comments:

Bella said...

'terceruk meruk xder aper selain beruk'

N, aku da gelak tergolek2 da baca ayat ko nih. adehla..nk gelak kuat2 kt opis nih. wargh....rasa nk kuar menjerit. korang la yg beruk tu. blaja kt ceruk2.

HurulEin said...

oit2 aku okei lagi belajar kat bandar tau. siap ader JJ, Hang tuah mall, bus Tuah.. hangpa? hangpeh ader ler kuikuikui ;p

Bella said...

aku de pantai.
blh nyanyi lagu, 'bercanda dipasiran pantai....' ekekeke..

Bella said...

heh..minggu ni jgk la ko buat bby kan? dan latihan amali ko berjaya. tahniah..manakan bumi dipijak..melainkan tmpt korang study dlu. ceh..kawen kn anak ko dgn org melaka. merapu byk dah aku nih..