Monday, February 7, 2011

Jom kongsi resipi

Last week mmg seronok dapat balik kg. Sume pon fokus pada Danial. Nak2 dier dah pandai merangkak. I loiiikkeee. Pandai anak ibu ni. Ligat betol sekarang. Best je dapat tgk anak membesar depan mata. Tapi semua pon kesian kan dier sbb kitaorg tinggal dia lelame kat nursery. Yela sayang nak buat macam maner... ibu kena tunggu abah amik ibu baru leh pergi amik danial. Cian dier.

Nak kongsi sikit la pasal resipi kek. Last week buat dengan akak ipar. Seronok gak dapat main masak2 ni ahahha. Aku buat kek carrot walnut. Malangnyer walnut xder, maka kami gantikan dengan almond + hazelnut. Taste dier not bad tp lagi best kalo letak walnut. Serious mantoppp.
Kek Carrot + Walnut
  • 250Grm Butter
  • 225Grm Gula halus
  • 250Grm Telur (dalam 4biji)
  • 200Grm Tepung naik sendiri (ayak kan sekali)
  • 1 Tblespoon Esen vanilla
  • 1 Biji Carrot (parut pakai mata yg halus)
  • Walnut ikut suka
1) Masukkan butter + gula. Kacau hingga sebati
2) Masukkan pula telur satu demi satu

3) Selepas dah sebati tu, masuk pulak esen vanilla dan tepung.

4) Last sekali carrot dan walnut!

5) Bakar dalam oven dengan suhu 180darjah celcius selama 40-60 minit

6) Tada!! siap dihidang dan dimakan

No comments: