Tuesday, September 1, 2009

Persediaan rapi

Lagi dua minggu lebih untuk memasuki ambang detik bulan Syawal. Almaklumlah, cuti raya sudah di approvekan. Gembira hati! Tahun ini agak lamer berayer. Banyak rumah dan banyak duit raya perlu di sediakan T.T. Tapi as long dapat menyambut syawal bersama keluarga sudah memadai.

Banyak juga perubahan drastik berlaku pada tahun ini dan bermacam-macam jugalah kerenah dan perangai manusia yang aku telah depani. Ada yang memeningkan, ada yang mengembirakan, ada yang meyedihkan, ada juga yang aku tak tahu untuk di masukkan dalam kategori aper. Ragam manusia.

Perubahan status juga memberi seribu makna kepada aku. Di mana berlaku pertembungan dua keluarga yang amatla berbeza cara hidup dan gaya. Yang ini susah untuk di selaraskan tapi aku la yang perlu menjadi orang tengah meyatukan dan menyamaikan perbezaan hidup ni. Mungkin setahun, sepuluh tahun atau bertahun-tahun? Entah la, hanya mampu melihat dan mengira.

Pada tahun ini jugalah berlaku perubahan demi perubahan bagi kehidupan berkerjaya aku. Rezeki atau dugaan agaknya. Komplikasi yang berlaku pada tempat kerja sebelum ini, memberi peluang untuk aku mendapat yang lebih baik. Biarpun puncanya hanyalah disebabkan CUTI (juga masalah dengan pengurus yang tidak pandai mengurus), tapi itulah penyebab dan asbab utama mereka kehilangan pekerja berkaliber seperti aku. Yeke?!

Begitu juga Syawal tahun ini memberi satu perubahan kepadaku dimana aku memerlukan banyak perhatian dan pemerhatian terhadap keluargaku dan mentua. Agak berbelah bagi dimana mahu beraya tapi kata sepakat sudah tercapai. Senang bukan.

Mesej untuk semua: Selamat Berpuasa

3 comments:

hajar said...

Puan Ain, cuti raya brape lama? dah approve ke...?

Ko ni bahaya skit, suke buat tindakan drastik.. =)

hajar said...
This comment has been removed by the author.
HurulEin said...

dunt wory la cik hajar. kali ini aku dah jadi budak baik. cuti 9hari ahahah jgn jeles yer. nnt aku jemput ko beraya umah aku k. rindu la kat u!